Sunday 21 April 2019

MANUSIA TERTINGGI DI MALAYSIA

Lelaki berasal dari Raancangan Kemajuan Tanah (RKT) Paloh 3, Gua Musang, Mohd. Azli Hisyam Abdul Ghafar (lahir 1994) yang berketinggian 220 sentimeter (7 kaki 2 inci), disahkah sebagai lelaki tertinggi di Malaysia.

Pengiktirafan beliau sebagai manusia tertinggi di Malaysia disahkan oleh Malaysia Book Of Records dan telah menerima sijil pengesahan tersebut pada 2012.

Azli mengakui dia sentiasa menarik perhatian orang ramai sejak zaman sekolah lagi kerana ketinggiannya luar biasa daripada remaja seusianya.  

Malah kini beliau terus menarik perhatian orang ramai, dan kebanyakan orang menemuinya akan mengajak bergambar. Dan setiap individu yang bergambar dengannya akan kelihatan 'pendek'.

Lihat sahaja orang yang bergambar dengannya yang berketinggian 172 sentimeter yang tergolongan tinggi, kelihatan rendah apabila bergambar dengan Azli.

Menurut Azli, keperluan pakaian dan kasutnya perlu ditempah dengan tukang jahit. Biarpun bajunya bersaiz 4XL, tetapi perlu labuh. Saiz kasutnya pula ialah 16.

Dia sebenarnya seperti manusia normal lain, tetapi keperluan harianya berbeza dengan orang lain. 

Azli menghidapi masalah skoliosis atau tulang belakang melengkung. Pergerakannya semakin terbatas berikutan masalah tulang belakang melengkung sejak berusia 14 tahun.

No comments:

Post a Comment