Thursday 25 April 2019

BERCAKAP DENGAN MONYET SELAMAT HASIL KEBUN

Bercakap dengan monyet. Gila apa ni? Itu anggapan kebanyakan orang jika dikatakan ingin bercakap dengan monyet. Sebenarnya, jika kita fahami erti hubungan manusia dengan hidupan lain, perkara itu tidak termasuk dalam perbuatan gila.

Kita sering melihat orang bercakap dengan kucing dan binatang peliharan lain. Mengapa tidak pula dikatakan gila. Memang binatang tidak akan memahami bahasa percakapan manusia. Seperti mana manusia tidak faham bahasa komunikasi haiwan.

Namun, tidak dapat dinafikan bagaimana manusia boleh berkomunikasi dengan haiwan, bahkan juga dengan tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan yang dijaga dengan baik dan 'dibelai' dengan 'kasih sayang' akan mengeluarkan hasil yang lebih baik berbanding pokok lain.

Kembali soal bercakap dengan monyet. Monyet hidupan liar yang sering mendatangkan masalah kepada pengusaha buah-buahan. Tentu sekali pekebun berputih mata jika hasil kebun yang bernilai tinggi tidak dapat dipetik dan dijual seperti yang diharapkan.    

Contohnya, masalah serangan monyet dan kera menjadikan pemilik kebun harum manis di Perlis menahan sebak dalam hati. Walaupun sudah dapat menerima takdir ini, namun berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.

Siapa yang tidak rasa sedih, kalau balut buah 500 biji, cuma tinggal tidak sampai 20 biji yang tersisa. Monyet bukan makan sangat pun, gigit sikit-sikit dan buang.

Pelbagai cara telah digunakan untuk menghalau mereka namun tidak berjaya. Tembak sudah, racunpun sudah. Hemmmm..kesian pulak rasanya.

Jika kita buat musuh dengan haiwan, lagi mereka akan membuat hal. Mereka akan melawan dan membuat sesuatu yang kita benci itu. Haiwan juga ada perasaan dendam dan membenci. Dendam haiwan lagi teruk berbanding manusia kerana mereka tidak takut mati.

Jadi, apa kata guna cari komunikasi dengan monyet. Bercakap dan memujuk monyet agar tidak melakukan apa yang merugikan kita. Berikan juga mereka merasai apa yang sepatutnya.

Cuba bercakap dengan monyet begini: "Hai monyet, kau jangan kacau kebun aku ni. Kalau kau nak, kau minta. Ada bahagian rezeki kau yang aku boleh kongsikan".

Sediakan sedikit makanan atau buah-buahan untuk mereka. Gunakan sikap lebih tolerasi dan mesra dengan haiwan.

Semoga cara ini berjaya.

No comments:

Post a Comment