Saturday 6 July 2019

JAWATANKUASA KAFA SESI 2019-2023


Wan Abd Rahim Abdullah kini presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) apabila meraih 28 undi untuk menewaskan pencabarnya Amril Aiman Abd Aziz yang mendapat 16 undi dalam Kongres Luar Biasa (EGM) Kafa di Kota Bharu, pada 06-07-2019.

Keputusan itu diperolehi selepas dua kali undian memandangkan tiada calon yang berjaya mendapat majoriti diperlukan dalam undian pertama.

Jawatan timbalan presiden kekal dipegang Afandi Hamzah yang menewaskan dua calon lain.

Tiga jawatan naib presiden pula diisi oleh Shaari Mat Hussain, Prof Dr Zaliman Sauli dan Md Rowi Dollah.

EGM itu diadakan susulan peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan selepas hampir tiga tahun menggalas tugas sebagai presiden Kafa.

Sementara itu bagi jawatan ahli jawatankuasa eksekutif Kafa, seramai 10 calon terpilih di kalangan 25 calon yang bertanding.

JAWATANKUASA KAFA SESI 2019-2023

Presiden:
Wan Abdul Rahim Bin Wan Abdullah

Timbalan:
Dato Seri Afandi Bin Hamzah

Naib Presiden:
Dato Shaari Mat Hassan
Dato Mohd Rowi Dollah
Prof Dr Zaliman Sauli

Exco:
Wan Rakemi Wan Zahari
Zakaria Mat
Ahmad Muzakir Hamid
Azman Ismail
Zahari Kechik
Muhammad Nuzulhad Muhamad Zain
Dr Hanafi Ismail
Zakri Mat Zain
Saamin Fahmi Hassan
Mohamad Ausri Husin.

No comments:

Post a Comment