Disebabkan
tindakan atau kenyataan sesetengah pemimpin Melayu telah memberi 'bola
tanggung' kepada orang lain untuk melakukan Malay bashing.
Malay bashing bolehlah diertikan sebagai 'menggodam Melayu' atau 'menyerang, mencerca dan mengutuk Melayu.
Manakala 'memberi bola tanggung' adalah satu istilah dalam permainan sepak takraw atau badminton yang bermaksud memberi peluang mudah kepada lawan melakukan serangan (smashing) yang sukar ditangkis.

Perbuatan
Malay bashing itu dilakukan secara terang-terang atau secara
berselindung bukan sahaja oleh orang bukan Melayu, malah sesetengah orang
Melayu sendiri.
Kita perlu sedar akibat perbuatan bukan Melayu mengungkit-ungkit apa yang dianggap sebagai 'keistimewaan Melayu' dalam sistem politik dan pemerintahan negara.
Kita perlu sedar akibat perbuatan bukan Melayu mengungkit-ungkit apa yang dianggap sebagai 'keistimewaan Melayu' dalam sistem politik dan pemerintahan negara.
Turut
digodam dan diserang ialah Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai matlamat serampang
dua mata "membasmi kemiskinan dan menyusum kembali masyarakat."
Secara
berkias atau berterus terang perbuatan Malay bashing itu juga turut
mempersoalkan beberapa peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Negara. Juga
dipersoalkan status bangsa Melayu sebagai penduduk asal negara ini.
Antara
perkara yang dipersoalkan ialah penggunaan istilah 'ketuanan Melayu' yang oleh
sesetengah pihak telah diberi pengertian yang menyeleweng dan mengelirukan, apa
lagi bila diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan istilah Malay
supremacy atau Malay dominance atau Malay hegemony.
Penggunaan
ungkapan-ungkapan Inggeris itu sebagai terjemahan untuk ungkapan 'ketuanan
Melayu' telah menimbulkan kekeliruan di kalangan bukan Melayu yang
mentafsirkannya (atau menyalah tafsirkannya?) dalam konteks hubungan 'tuan' dan
'hamba' atau lord vs serfs/ slaves.
Lanjutan
daripada takrifan yang menyeleweng itu, apa saja yang berlabel Melayu terus
digodam dan diserang dan dituduh sebagai 'perkauman.' Ini termasuklah
perjuangan politik Melayu, pemerkasaan bahasa Melayu, pembaikan ekonomi Melayu
dan penggunaan simbol-simbol budaya Melayu seperti keris.
Malah beberapa Perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang dianggap 'memihak' kepada Melayu juga turut dipersoalkan secara langsung atau secara berkias.
Malah beberapa Perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang dianggap 'memihak' kepada Melayu juga turut dipersoalkan secara langsung atau secara berkias.
Demikianlah
implikasi dari tafsiran yang salah itu diheboh-hebohkan untuk memberi
justifikasi Malay bashing dengan melakukan pelbagai tuduhan yang tidak
munasabah terhadap bangsa Melayu serta mengungkit-ungkit isu sensitif yang
menimbulkan ketegangan hubungan kaum.
Terjemahan
istilah 'ketuanan Melayu' itu ke dalam bahasa Inggeris yang menggambarkan
bangsa Melayu itu sebagai racist yang seakan-akan menyamai puak pelampau
Klu Klux Klan di Amerika Syarikat yang mengaku kaumnya sebagai sangat istimewa
dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum-kaum lain.
Lanjutan
daripada takrifan yang salah terhadap ungkapan 'ketuanan Melayu' itu beberapa
pihak, termasuk pimpinan tertinggi negara terpaksa mencari ungkapan alternatif
yang diperkirakan akan membawa maksud dan makna yang lebih tepat.
Semuanya
secara tidak langsung mengingatkan supaya polemik ketuanan Melayu itu dianggap
sebagai 'loceng peringatan' atau wake up call.
Loceng
peringatan itu memberi amaran bahawa musuh Melayu sekarang bukan sahaja hendak
menggodam dan menyerang dari luar tetapi sudah semakin banyak musang berbulu
ayam atau ular menyerupai belut yang hendak mematuk dari dalam.
No comments:
Post a Comment