Monday, 20 August 2018

Pemimpin negara dipilih secara undi popular

Sistem pilihan raya di Malaysia dalam memilih pemimpin di peringkat Pusat dan Negeri mengguna pakai sistem pilihan raya berasas acuan British dan ia diakui semua parti bertanding sejak pilihan raya umum pertama lagi.

Berasaskan acuan tersebut sistem pilihan raya Malaysia adalah 'first past the post' iaitu cuma seorang wakil rakyat mewakili kawasan ditandingi dan bukan 'single transferable vote' seperti mana diguna negara-negara republik.

Single transferable vote menggunakan undi popular dalam menentukan siapa layak diangkat menjadi pemimpin tertinggi negara iaitu perdana menteri (di negara luar yang menggunakan sistem ini menamakan ketua negara mereka sebagai presiden yang mengamalkan dasar negara republik).

Melalui sistem ini seseorang yang ingin dipilih menjadi presiden, perlu mencalon untuk jawatan itu yang mana pengundian dibuat oleh pemilih yang layak dari seluruh pelusuk negara berkenaan.

Sedangkan di negara kita, perdana menteri dipilih oleh ahli parlimen dari parti atau gabungan parti yang memenangi sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah ahli parlimen. Perdana menteri yang dipilih itu memenangi kerusi parlimen yang dipilih oleh pengundi di kawasan parlimen yang dia bertanding sahaja. 

Jadi, fahaman yang mendakwa bahawa perdana menteri dipilih di kalangan ahli parti yang mendapat jumlah undi terbanyak adalah tidak terpakai di negara kita. Perkara ini perlu terima oleh semua rakyat atau pengundi berdasarkan kepada undang-undang sedia ada.

Jika ada yang mahu menerima pakai single transferable vote yang digunakan oleh negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik sesetengah golongan. Jika benar setia kepada negara kena terima sistem politik yang membentuk kerajaan sedia ada kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penentuan parti mana yang menubuhkan kerajaan di Malaysia bukan berdasarkan undi popular tetapi parti yang menang jumlah kerusi terbanyak.

No comments:

Post a Comment