Ketika
penubuhan pemerintahan Islam di Madinah, Rasulullah SAW membuat perjanjian
dengan kabilah atau puak yang mendiami kota itu dan kawasan sekitarnya. Kabilah
berkenaan perlu menerima kedudukan Rasulullah SAW sebagai pemimpin dan sebagai
balasannya, kabilah itu diberi kebenaran terus tinggal di tempat masing-masing
dan mendapat hak dilindungi jika diserang oleh musuh mereka.
Namun,
terdapat puak yang tidak mematuhi perjanjian itu, lalu mereka dihalau keluar.
Ia bermula dengan pengusiran Yahudi Bani Qainuqa yang dicetuskan oleh sikap
biadab Yahudi terhadap penganut Islam. Kemudian diikuti oleh Yahudi Bani Nadhir
yang merancang satu konspirasi untuk membunuh Nabi Muhamad SAW
Melihat
kepada perkembangan ini, kaum Yahudi berfikir, sama ada mereka ingin membiarkan
keadaan terus begini (dihalau) dan mengalah, atau mereka mesti melakukan
sesuatu untuk membalas dendam, di mana mereka boleh menghasut orang-orang Arab
untuk membalas dendam terhadap Nabi Muhammad SAW. Mereka berfikir bahawa jika keadaan ini dibiarkan,
umat Islam akan menjadi semakin kuat manakala mereka pula (Yahudi) menjadi
pelarian.
Bermatlamat
untuk menghapuskan Rasulullah SAW Muhammad dan Islam, maka Yahudi mula berfikir
bagaimana hendak menghasut orang-orang Arab demi mencapai tujuan mereka. Untuk
melaksanakan rancangan ini, beberapa orang dari kalangan Yahudi pergi menemui
kafir Quraisy di Makkah.
Mereka
terdiri dari Huyay bin Akhtab, Sallam bin Abil-Huqaiq dan Kinana bin
Abil-Huqaiq. Ketika bertemu dengan penduduk Makkah, Huyay ditanya oleh kafir
Quraisy mengenai (persediaan) kaumnya.
Maka
dia menjawab, “Mereka saya biarkan mundar-mandir ke Khaibar dan ke Madinah
sehingga tuan nanti datang ke tempat mereka dan berangkat bersama-sama
menghadapi Muhammad dan sahabat-sahabatnya”.
Ketika
dia diajukan soalan tentang Bani Quraizah, dia menjawab, “Mereka tinggal di
Madinah sekadar mahu mengaburi mata Muhammad. Seandainya pihak tuan datang,
mereka akan bersama-sama memihak kepada tuan”.
Kafir
Quraisy menjadi ragu-ragu sama ada mahu terlibat atau menarik diri. Untuk
menenangkan keadaan ini, kafir Quraisy bertanya kepada Yahudi berkenaan status
mereka (Quraisy) berbanding Muhammad, jika ada jawapan yang kukuh (dari Yahudi)
maka mereka akan menyertai pakatan Yahudi menyerang Madinah.
Niat
jahat Yahudi ini menjadi asbab kepada penurunan ayat yang bermaksud: “Apakah
kamu (wahai Muhammad) tidak memperhatikan orang-orang yang telah diberikan
sebahagian dari al-Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada jibt dan taghut
(benda-benda yang disembah selain dari Allah), dan mereka mengatakan kepada
orang-orang kafir (kaum Musyrik di Mekah) bahawa mereka (kaum musyrik itu)
lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman” (Surah an-Nisa, ayat 51)
Jelas menunjukkan bahawa kaum Yahudi ini sanggup
memuji dan menyatakan kafir Quraisy adalah lebih baik berbanding mereka
sendiri. Mereka telah jelas-jelas menafikan ajaran kitab (Taurat) mereka
sendiri. Yahudi yang berasa mereka hebat melebihi kaum lain sanggup gadai
maruah dan kedudukan semata-mata ingin mencapai matlamat menghancurkan Islam.
Apa
dilakukan Yahudi itu tidak pelik kerana yang disasarkan dijadikan mangsa adalah
Rasulullah dan agama Islam. Pelik dan amat tidak bermaruah apabila orang Islam
sendiri sanggup menggadaikan maruah membela bukan Islam demi kuasa dan
kedudukan. Inilah punca kejatuhan kuasa empayar Islam dahulu dan kini.
No comments:
Post a Comment