Namun,
semakin banyak individu dan golongan yang ingin menegakkan amalan nihilisme. Fahaman
Nihilisme mengatakan bahawa dunia ini dan kehidupannya tidak mempunyai apa-apa
makna. Maka, manusia boleh melakukan apa diingini tanpa terikat dengan sistem
moral dan undang-undang. Mereka memperjuangkan kebebasan tanpa batasan dan
tidak peduli tentang pendangan serta keperluan pihak lain.
Nihilisme
adalah sebuah pandangan falsafah yang dikaitkan
dengan Friedrich Nietzche (mati 1900), seorang warganegara Jerman.
Memandangkan
golongan Nihilisme melihat dunia ini 'tiada' apa-apa, maka mereka menolak
wujudnya pencipta, tidak ada panduan agama atau peradaban yang perlu dipatuhi,
hidup adalah seperti mana yang dikehendaki. Lalu, mereka bebas untuk melakukan
apa saja mengikut kehendak hati atau bersesuaian dengan keadaan semasa.
Mereka
juga beranggapan, jika ada pihak yang mengatakan adanya nilai moral yang perlu
dipatuhi atau diikuti, maka itu adalah abstrak. Perkara yang kabur dan boleh
berubah-ubah. Ini berdasarkan keyakinan bahawa setiap perkara yang diketahui
atau ingin dilakukan tidak bertentangan dengan apa yang sedia ada.
Dengan
kata lain, golongan ini tidak sekali-kali menerima pandangan pihak lain, kerana
merasakan apa yang dilakukan itu sebenarnya telah sama atau mengikuti apa yang
pihak lain inginkan, sedangkan hakikat sebenarnya ia adalah bertentangan sama
sekali.
Istilah
nihilisme pertama kali dicetuskan Ivan Turgenev dan diperkembangkan ke dalam
dunia falsafah oleh Friedrich Heinrich Jacobi (1743-1819). Fahaman ini juga
sama dengan amalan dipelopori Niccalo Machiavelli (1469-1527) iaitu matlamat
boleh menghalalkan cara.
Kaedah
matlamat menghalalkan cara kerap dikaitkan dengan cetusan oleh Machiavelli di
dalam karyanya mengenai pentadbiran negara, 'The Prince', bahawa kesesuaian
sepatutnya menjadi asas suatu tindakan.
Ini
dapat dilihat dari ungkapannya, “dalam tindakan setiap manusia kita mesti
melihat kepada penyudahnya (matlamat yang ingin dicapai). Jadi biarlah seorang
raja mendapat kemenangan dan mempertahankan negaranya, maka semua kaedah yang
diambilnya akan sentiasa dianggap berbaloi." Inilah kaedah digunakan mereka yang
melatakkan matlamat menghalalkan cara.
Secara
ringkasnya, kaedah ini bermaksud, seseorang itu boleh melakukan apa sahaja atau
mengambil apa jua cara (walaupun salah) demi untuk mencapai matlamat atau
tujuannya. Ini adalah kerana yang penting atau yang diambil kira ialah
matlamat, yakni tercapainya matlamat, walau dengan apa cara sekalipun.
Maka
dalam keadaan politik sekarang, sikap sesetengah pihak yang menabur janji dan
menuduh pihak lain melakukan kesalahan tanpa pembuktian nyata juga sebahagian
resapan nihilisme. Begitu, juga perkara yang nyata bertentangan dengan ajaran
agama juga perlu diiktiraf sebagai betul asalkan demi memenuhi kelompok
tertentu yang menjadi penyokong mereka.
Nihilisme
yang tidak bersandarkan kepada batasan agama seolah-olah menolak agama. Sesiapa
yang menolak apa yang telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis sebenarnya
dikira keluar Islam atau kafir. Paling tidak pun mereka ini dikira melakukan
dosa besar dan perlu bertaubat.
Namun
individu dan kelompok tertentu seakan-akan tidak takut kepada cemuhan dan
penentangan pihak lain kerana berasa 'selamat' ada pihak yang selari dengan
fahaman mereka. Pemikiran liberal menjadi sebahagian pendokong nihilisme.
Demi
mendapat sokongan bukan Islam, terdapat pemimpin Islam menggadaikan maruah diri
dan kedudukan Islam. Mereka menyokong sesuatu tindakan atau permintaan kelompok
yang bertentangan dengan kehendak Islam demi untuk mencapai matlamat yang
diingini.
No comments:
Post a Comment