Buah
jentik adalah sejenis buah nadir semakin pupus. Buah jentik juga dikenali buah
jentik-jentik, sama sebutan untuk larva nyamuk. Ada juga orang panggil buah
jetik. Seperti pokok natif lain, pokok jentik tidak ditanam, sebaliknya tumbuh
liar di dalam hutan. Pokok jentik dikategori
pokok bermusim.
Buah
jentik seakan-akan buah rambai tetapi saiznya lebih kecil. Isi buah jentik
merah menyala. Buah jentik yang telah masak pada
tangkai ini akan pecah apabila 'dijentik'. Sebab itu buah ini dipanggil buah
jentik.
Pokok jentik-jentik tumbuh menegak dengan batang berkayu.
Mudah cerita pokok jentik sama seperti pokok rambai. Bunganya adalah sangat
kecil dengan rumpun kecil yang banyak, padat pada tangkai jambak yang berjuntai
sepanjang 20 - 30 cm dari dahan tua.
Buah jentik-jentik yang muda berwarna hijau seakan-akan buah rambai yang bergantung-gantung pada tangkai. Ia akan bertukar kepada warna kekuningan dan akhir sekali akan bertukar kemerahan apabila masak.
Buah jentik-jentik yang muda berwarna hijau seakan-akan buah rambai yang bergantung-gantung pada tangkai. Ia akan bertukar kepada warna kekuningan dan akhir sekali akan bertukar kemerahan apabila masak.
Terdapat tiga biji dalam satu buah. Warna isi adalah merah
dengan rasanya masam-masam manis. Namun, rasa buah berkenaan yang masam-masam
manis akan bertukar masam seandainya kulit buah merekah.
Ingin tahu..pokok mcm rambai.bentuk buah pun..tp buah keras. Kuning.berkulit tebal..isinya unggu kecil.. Tak jumpa cari spesis dlm google
ReplyDelete