Allah
Maha Mengetahui keperluan setiap ciptaan-Nya dalam aspek rohani dan jasmani. Maka
itu, apa-apa yang disyariat adalah bertepatan dengan keperluan tabie kejadian
manusia. Mereka yang menolak syariat sebenar menolak apa yang diperlukan oleh
rohani dan jasmani mereka sendiri.
Sifat tabie manusia
memerlukan Tuhan.
Semua manusia sedar bahawa dirinya dan seluruh alam ini ada penciptanya. Kepercayaan
itu secara langsung mengakui bahawa pencipta itu maha berkuasa dan berhak
menentukan apa yang diingini berlaku ke atas ciptaan-Nya.
Maka
sebab itu, tabie manusia perlu menentukan Tuhan yang diyakininya. Syariat Islam
menentapkan hanya Allah yang layak disembah dan diyakini kekuasan-Nya.
Keyakinan
bahawa ada kuasa Maha Besar dan Maha Bijaksana mentadbir alam ini turut
melibatkan penganut agama lain. Namun, mereka telah memilih jalah salah dalam
menentukan siapa perlu disembah. Sedangkan Allah menerima agama lain selain
Islam.
Bukti
lain menjelaskan manusia memerlukan Tuhan dapat kita perhatikan apabila setiap
kali berdepan dengan malapetaka, kesusahan atau kesakitan, ketika itu manusia
akan menyebut dan merayu kepada Allah. Ini jelas membuktikan bahawa manusia
sedar bahawa apa yang berlaku terhadap dirinya dan alam ini adalah di bawah
kekuasaan Allah. Maka itu mereka memohon agar Allah melindungi dan menjauhkan
mereka daripada kesulitan yang dihadapi itu.
Malah,
di kalangan penganut agama lain, mereka ada memakai tangkal atau sesuatu yang
menjadi lambang kekuatan kepada diri mereka. Di kalangan penganut agama
Kristian umpamanya akan memakai lambang salib sebagai cara untuk mendekati diri
dengan Tuhannya. Mereka mengharapkan lambang itu dapat mengelak mereka dari
gangguan syaitan, hantu dan menjauhkan malapetaka.
Sesungguhnya
manusia sedar kelemahan diri dan merasakan betapa perlunya kepada pertolongan
Tuhan. Manusia memerlukan panduan hidup dan petunjuk agar tidak tersesat dalam
meneruskan hidup.
Umat
Islam amat bertuah mendapat anugerah terbesar daripada Allah iaitu kitab
al-Quran yang dijadikan panduan hidup sehingga ke hari kiamat. Biarpun al-Quran
diturunkan lebih 1400 tahun lalu, namun ia tetap releven dan berguna untuk panduan
hidup manusia sepanjang masa kepada seluruh bangsa tanpa mengira bangsa, budaya
dan tempat tinggal.
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: "Aku tinggalkan kepadamu dua perkara tidak
akan sesat selama mana kamu berpegang dengan keduanya: Kitab Allah dan Sunnah
Nabi-Nya." - (Hadis riwayat Malik).
Sifat tabie manusia
sedia menerima syariat Allah. Telah terbukti sifat tabie manusia bersedia
menerima konsep pengabdian diri kepada Allah.
Dalam
masyarakat kuno yang tidak sampai kepada mereka ajaran agama, mereka akan mencari-cari sesuatu untuk
dijadikan Tuhan. Yang dipilih itu tentulah pada anggapan mereka adalah sesuatu
yang berkuasa dan dapat mempengaruhi atau menentukan kehidupan mereka. Untuk
memastikan Tuhan itu menunaikan hajat mereka dan memberi kehidupan baik serta
menolak malapetaka, golongan ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan
dapat mencapai hajat yang diingini. Amalan seperti menyembah, memuja, memberi
makan dan sebagainya adalah tanda pengabdian dalam konteks mereka.
Dengan
kata lain, sifat manusia adalah insan yang bersedia menerima perintah dan
peraturan. Maka akidah Islam adalah akidah yang selari dengan tabie
manusia.
Jiwa
manusia akan kosong dan hilang arah jika tidak dibekalkan dengan syariah
sehingga akan rosak perjalanan hidup sepertimana alam haiwan. Sesunggguhnya
manusia yang tidak mematuhi syariah, maka kehidupannya adalah lebih hina
daripada haiwan.
Sesiapa
yang menerima Islam sebagai anutan, maka hendaklah dia menerima sepenuhnya
syariah Islam. Firman Allah dalam surah al-Jaatsiyat, ayat 18 bermaksud:
"Kami jadikan kamu sekalian beada dalam sesuatu hukum atau peraturan dari
urusan agama. Patuhilah peraturan itu, dan janganlah mengikuti hawa nafsu
orang-orang yang tidak mengetahui."
Sesungguhnya
manusia sejak awal kejadian di alam roh lagi telah menyatakan kesediaan
mengesakan Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika
Tuhamu mengeluarkan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil
kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini
Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami) kami jadi
saksi." (Surah al-Araf, ayat 172).
Sesungguhnya
ketika dilahirkan manusia berada dalam keadaan fitrah yakni suci bersih dan
bersedia menerima apa juga corak kehidupan. Ibu bapa, keluarga, masyarakat dan
persekitaran akan mempengaruhi corak kehidupan manusia.
No comments:
Post a Comment