Sunday, 19 August 2018

Buah perah meletup keluar biji

Pokok perah atau dipanggil juga peroh mengikut dialek tempat masing-masing menghasilkan biji buah perah. Biji perah sedap dimakan dan mendapat permintaan tinggi di kalangan penggemarnya. Pokok perah termasuk kategori nadir dan natif. Pokok perah tumbuh secara meliar di hutan-hutan di negara kita.

Pada masa dahulu, pokok perah cukup terkenal disebabkan bijinya dicari atau dikutip untuk dijadikan makanan. Sebab itu, banyak tempat menggunakan nama 'perah'. 

Memandangkan pokok perah banyak tumbuh di kawasan hutan atau berbukit, maka banyak bukit dipanggil dengan nama Bukit Perah dan sekaligus menjadi nama kampung itu. 
 
Ada juga menggunakan nama lubuk atau padang menggambarkan di situ terdapat banyak buah perah. Maka wujudlah nama Lubuk Perah dan Padang Perah di beberapa tempat. 

Dengan kata lain, nama buah atau biji perah terkenal pada masa dahulu. Sebab itu, orang tua kita akan menceritakan tentang pengalaman mengutip dan makan buah perah. 
 
Sekarang ini buah perah mula dikenali generasi sekarang melalui cerita tular di media sosial dan akhbar. Namun, begitu buah perah kini semakin sukar ditemui disebabkan pokok perah sudah banyak ditebang.

Buah perah yang matang akan meletup dan luruh dengan sendirinya. Ketika meletup akan mengeluarkan bunyi letupan kecil. 
 
Keadaan buah perah seperti buah getah yang akan meletup dan mencampakkan bijinya bersama-sama kulit luar dan bijinya jatuh ke tanah. Setiap buah perah akan mengeluarkan dua hingga empat biji perah dalam satu kulit.

Pokok perah tergolong dalam kategori buah bermusim sekali setahun. Nak tahu musim perah adalah sama dengan musim daun getah luruh. Ketika itu jugalah buah getah akan meletup gugur.

Buah perah matang ketika musim panas. Cuaca panas membantu buah perah meletup dan mengeluarkan bijinya.

Memandangkan kebanyakan pokok perah tumbuh dalam hutan yang kawasan tanahnya tidak dimiliki sesiapa, jadi buah itu milik sesiapa sahaja yang mengutipnya. 
 
Sebab itu, penduduk kampung akan masuk ke hutan atau kaasan pokok perah bersama bekal makanan dari pagi hingga ke petang untuk mengutip biji perah. Kalau tidak ditunggu, akan ada orang lain terlebih awal memunggutnya. Keadaan meriah seperti tempat berkelah.

Mencari biji perah sebenar tidak bezanya dengan mereka yang biasa mencari biji getah. Jika kedudukan pokok perah di dalam hutan tebal, hendak mencarinya agak susah kerana terselit atau tertutup di bawah daun. 
 
Kalau nak cari buah peroh kena kais dengan ranting kayu baru jumpa sebab banyak terdapat di bawah daun-daun kering yang luruh.

Buah perah ini berbentuk lonjong dan berwarna hitam. Saiz buahnya agak kecil kira-kira (30mm hingga 40mm). Kulitnya keras, nipis dan licin manakala isinya pejal dan keras berwarna putih.

Biji perah boleh dimakan secara rebus atau jeruk dan dijadikan ulam bersama nasi atau pun sebagai kudapan. Tapi lagi sedap buat jeruk dengan petai berbanding direbus kerana rasanya yang berbeza. 
 
Kalau rebus, tawar sikit tapi kalau dijeruk dengan petai, rasanya sempurna, ada rasa masam masin.

Cara membuatnya juga agak rumit kerana setelah selesai direbus lebih kurang 30 minit, buah itu akan direndam semalaman dengan air biasa sehingga naik buih. 

Kemudian, air berbuih itu perlu dibuang terlebih dahulu sebelum proses jeruk dilakukan dan ditambah pula dengan petai. Jika disimpan dengan betul, buah perah sebesar ibu jari yang sudah dijeruk itu tahan sehingga setahun.

Isinya jika dimakan secara mentah (tanpa diproses atau dimasak) serta secara berlebihan boleh menyebabkan mabuk atau pening kepala. Isinya bewarna putih dan keras sama seperti buah badam dan ianya boleh dimakan tetapi perlu dimasak atau diproses dengan betul.

Untuk memakan buah perah ini mestilah melalui proses yang tertentu direbus dan dicampur dengan bahan-bahan yang tertentu yang lainnya sehingga cukup masak baru boleh dimakan. 
 
Sekiranya dimakan terus dibimbangi beracun dan boleh membawa kepada kemudaratan. Untuk makluman buah perah adalah sejenis buah yang beracun tetapi boleh dimakan dengan penyediaan yang betul.

Ada juga peminat biji perah makan dengan cara membakarnya dengan api arang atau ranting kayu. Baunnya harum dan rasanya lebih beraroma. 

Buah perah yang belum matang atau muda berwarna kelabu dan bertompok kemerahan manakala bijinya berwarna putih dan apabila di peringkat matang, bijinya berwarna coklat tua seperti biji getah.

Menjeruk buah ini dilakukan sehingga dua minggu supaya ia lebih selamat dimakan dan rasanya rangup serta sedap seperti kacang rebus. Selain jeruk, buah perah mentah sebesar ibu jari itu boleh direbus lebih sejam untuk menghilangkan getahnya dan sehingga warna asal kulitnya iaitu coklat tua berubah menjadi kehitaman.

Tiada kedai atau pasar menjual buah perah secara tetap kerana ia buah jenis bermusim. Jadi, sukar untuk menyatakan di mana boleh membeli buah perah. 

Biasanya, jika masuk musim buah perah, ia dijual di pasar tani mahupun di tepi jalan. Maka, itu bernasib baik jika dapat menemui penjual buah perah. Sebab itu, bagi peminatnya, tidak banyak soal dan terus membeli biji perah yang semakin mendapat sambutan ramai kini. 

7 comments:

  1. salam, saya ada beli buah perah mentah, tapi tak tahu nak masak. boleh bagi tunjuk ajar cara yg betul takut nt beracun plk terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam encik. Boleh saya tahu di mana ecik dapatkan buah perah tersebut? Dah lama cuba cari untuk mak, tapi x dapat. Terima kasih

      Delete
  2. Saya baru beli di pasar tani Shah Alam baru kejap tadi. Balik rumah ni baru nak google about it. Interesting flavour. Rasa dan bau mcm buah berangan. Saya suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasar mlm bukit sentosa pn ada.. Rm 10/kg..

      Delete
  3. Serikin kuching jual rm 3 untuk 1kg, 3kg rm8

    ReplyDelete
  4. skrg musim buah perah d cameroon..sekilo rm10..cra goreng jd snek..kopek buah..basoh byk kali...lps tus..hiris nipis2...goreng garing...lps tu sira dgn garam halus...rangup rasnya...mavelos..bru order dr kwn mgu lps..3kilo

    ReplyDelete
  5. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete