Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak
dengan nama sebenar Ong Boon Hwa. Beliau adalah Setiausaha Agung Parti Komunis
Malaya (PKM). Nama
Chin Peng dirakam sebagai sejarah hitam tanah air akibat keganasan dilakukan PKM.
Chin Peng berketurunan Kantonis yang didakwa lahir di sebuah kedai
kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan,
Perak. Bagaimanapun, dalam perbicaraan memohon dibenarkan masuk Malaysia,
beliau gagal mengemukakan sijil kelahirannya. Beliau merupakan anak kedua
daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara
China yang kecewa akibat kemelesetan ekonomi di Tanah Besar China.
Semasa kecil, Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan mengikuti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai-shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.
Semasa kecil, Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan mengikuti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai-shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.
Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat
dengan nasionalis berpendidikan barat Chiang Kai Shek yang menguasai kawasan
selatan China dan Taiwan. Namun, buku kecil On Protacted War yang dikarang oleh
Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk
menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.
Penglibatan Chin Peng dalam PKM bermula pada tahun 1940 apabila diterima
untuk menyertai parti itu yang menjadi satu cabang Parti Komunis China di
seberang laut. Beliau turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang
ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika
itu umurnya baru sahaja 18 tahun. Chin Peng memimpin Malayan People
Anti-Japanese Army (MPAJA), sebuah pasukan gerila bagi menentang tentera Jepun.
Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun,
Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal Order of the British Empire
kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun.
Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu
dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak
selepas itu. Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha
Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di
Thailand. Lai Tek telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya.
Di bawah pimpinan Chin Peng, Parti Komunis Malaya semakin agresif
dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah
pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu, ahli PKM semakin
menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada
Parti Komunis Malaya kerana ditolak di kalangan orang Melayu.
Namun, terdapat juga orang Melayu menyertai PKM seperti Rashid
Maidin, Abdullah C.D, Samsiah Fakeh dan Suraini Abdullah. Penyertaan di
kalangan Melayu disebabkan PKM tidak mengamalkan atiesme. Walaupun prinsip
utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan
menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia.
Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik
komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan
kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu
untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis
yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan
keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya.
Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk
kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk
kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas
mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti
boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi
dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan daripada masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955.
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan daripada masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955.
Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat
pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai
syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak
sebagai sebuah parti politik yang sah.
Chin
Peng kembali ke dalam hutan dan melakukan keganasan. PKM terus menyebarkan
propaganda agar rakyat membenci usaha untuk mencapai kemerdekaan. Sepanjang
keganasan dilakukan oleh PKM, seramai 2,083 anggota keselamatan negara
terkorban dan mencacatkan 3,541 anggota lain manakala sebanyak 2,588 orang awam
pula dibunuh dengan 1,490 yang lain cedera.
Setelah
komunis runtuh di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur pada 1989,
PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara kerajaan Malaysia, kerajaan
Thailand dengan PKM ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini
dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.
Setelah
1989 tidak ada lagi perjuangan bersenjata. Ahli PKM diterima sebagai
warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia dengan syarat membuat
permohonan. Namun Chin Peng tidak membuat permohonan kembali ke Malaysia dalam
tempoh yang ditetapkan iaitu setahun.
Chin Peng tidak pernah menyatakan kesal memimpin PKM dalam
perperangan mereka menentang kerajaan Malaysia, malah bangga dengannya
sebagaimana yang ditulis olehnya dalam bukunya, “Setiap generasi membina
impiannya. Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar
harga ke atas impian kami. Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang
saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil.”
Ching Peng pada penghujung hayatnya ingin pulang ke Malaysia sepertimana ditawarkan oleh kerajaan Malaysia sebelum sepertimana semasa Perjanjian Haadyai. Bagaimanapun, permohonan beliau ditolak kerana tawaran ini telah tamat tempoh.
Ching Peng pada penghujung hayatnya ingin pulang ke Malaysia sepertimana ditawarkan oleh kerajaan Malaysia sebelum sepertimana semasa Perjanjian Haadyai. Bagaimanapun, permohonan beliau ditolak kerana tawaran ini telah tamat tempoh.
Pada
4 Mac, 2005, Chin Peng mengemukakan saman pemula bagi mendapat pengisytiharan
untuk dibenarkan memasuki dan menetap di Malaysia dan menamakan kerajaan,
Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera sebagai
defendan.
Chin
Peng mendakwa beliau berhak balik ke Malaysia kerana dia berasal dari Malaysia
sejak dilahirkan pada 20 Oktober, 1923 di Sitiawan, Dinding, Perak dan
dibesarkan di Malaysia. Dia mendakwa kelahirannya didaftarkan dan juga memiliki
salinan asal sijil itu.
Namun permohonan itu ditolak antara lain berpunca kegagalan
menunjukkan sijil kelahiran untuk membuktikan dia rakyat Malaysia. Dokumen itu penting
untuk menentukan status Chin Peng kerana Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat
menemui sebarang rekod kelahiran Chin Peng.
Mahkamah
Tinggi memaksa Chin Peng mengemukakan sijil kelahiran dan kewarganegaraannya
bagi membuktikan bahawa dia adalah warganegara Malaysia sebelum membenarkannya meneruskan
permohonan bagi mendapat pengisytiharan bahawa dia boleh menetap di negara ini.
Usaha pertama Chin Peng untuk mendapat pengisytiharan itu ditolak apabila
Mahkamah Tinggi menolak saman pemula selepas dia gagal mematuhi peraturan
mahkamah untuk mengemukakan sijil kelahiran dan kertas kewarganegaraan.
Chin
Peng kemudian membuat rayuan di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan
Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, Makhamah
Rayuan pada 20 Jun 2008 menolak permohonan tersebut dan Hakim Mahkamah Rayuan,
Datuk Abdul Malik Ishak mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan
bahawa dia perlu mengemukakan sijil kelahiran atau kewarganegaraan bagi
membuktikan dia adalah rakyat Malaysia sebelum meneruskan tindakan
undang-undang terhadap kerajaan Malaysia. Abdul Malik Ishak, dalam keputusannya
berkata dokumen itu penting untuk menentukan status Chin Peng kerana Jabatan
Pendaftaran Negara tidak dapat menemui sebarang rekod kelahiran Chin Peng.
Tidak
berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan, Chin Peng meneruskan rayuan ke
Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan yang bersidang kemudiannya
mengekalkan keputusan dua mahkamah rendah yang memaksanya menunjukkan dokumen
pengenalan sebelum dibenarkan memasuki negara ini. Hakim Mahkamah Persekutuan,
Datuk S Augustine Paul, yang bersidang bersama Hakim Datuk Hashim Yusof dan
Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas menolak usul Chin
Peng memohon kebenaran untuk rayuan.
Dalam
prosiding rayuan itu, peguam Chin Peng, Raja Aziz Addruse, menegaskan bahawa
bukti kewarganegaraan tidak diperlukan bagi pemohon untuk menunaikan haknya
memasuki Malaysia kerana ia juga boleh dibuktikan dengan memanggil adik atau
gurunya untuk memberi keterangan. Katanya, mengikut klausa 3(1) perjanjian
damai antara kerajaan dan PKM bertarikh 2 Disember, 1989, anggota PKM yang
berasal dari Malaysia dan ingin menetap di Malaysia perlu dibenarkan berbuat
demikian mengikut undang-undang.
Menurut
Raja Aziz, "Mahkamah perlu meneliti apa makna "asal Malaysia".
Adalah menjadi tugas mahkamah ini untuk menterjemah perjanjian
antarabangsa.
Pihak kerajaan pula memutuskan bahawa Chin Peng tidak termasuk
dalam golongan ditawarkan untuk kembali ke Malaysia kerana tidak pernah
melepaskan perjuangan parti dan ideologi komunisnya sebagaimana yang
disyaratkan dalam Rundingan Damai Haadyai tersebut.
Tawaran pengampunan yang diberikan semasa perjanjian damai di
Hadyai, Thailand pada 1 Disember 2009 yang lalu, adalah dengan syarat pihak PKM
membubarkan parti serta ideologi komunis mereka.
Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad
dan Shamsiah Fakeh yang juga bekas pemimpin PKM dapat diterima kembali ke
Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng. Persoalan ini dicetuskan tanpa
memikirkan bahawa Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh
rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya.
Chin Peng
telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 90 tahun, di Bangkok, Thailand pada
jam 6.20 pagi 15 September 2013. Selepas kematiannya, timbul polimik apabila
ada pihak ingin membawa pulang abu mayatnya dan ingin disemadikan di Sitiawan,
Perak, tempat yang didakwa tanah tumpah darahnya. Sedangkan pihak kerajaan
melarang usaha tersebut.
Mengapa
masih ada usaha pihak-pihak tertentu untuk menobatkan mendiang Chin Peng
sebagai hero? Chin Peng adalah pengganas. Itu hakikatnya. Keputusan kerajaan melarang mayat mahupun abu
mayat mendiang dibawa ke Malaysia adalah tepat. Mediang bukan warganegara
Malaysia. Perkara ini telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Sikap
mengagungkan Chin Peng sudah keterlaluan. Sehingga ada laporan laporan
menyatakan tarikh kematian Chin Peng dikatakan mungkin diubah daripada 15
September kepada 16 September agar sinonim dengan sambutan Hari Malaysia.
Mengapa Chin Peng hendak dikaitkan dengan Hari Malaysia, sedangkan tidak ada
jasa walau sekecil zarah dalam usaha penubuhan Malaysia.
Tindakan
sesetengan pihak mendakwa kerajaan pilih kasih dengan membenarkan jenazah
teroris, Allahyarham Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dikebumikan di negara
ini tetapi melarang Chin Peng tidak betul. Kita perlu kembali kepada fakta,
Azahari dan Nordin kedua-duanya rakyat Malaysi, sedangkan Chin Peng bukan.
Pihak
yang mendakwa kerajaan melangggar perjanjian damai dengan PKM di Hatyai pada
1989 berkaitan dengan peluang kepada bekas ahli PKM untuk menjadi rakyat
Malaysia juga tidak betul. Dalam perjanjian itu memang tertulis mengenai
peluang untuk bekas ahli PKM memohom menjadi rakyat Malaysia dan pulang tinggal
di Malaysia.
Peluang
itu diberikan kepada semua bekas ahli PKM, termasuk Chin Peng. Namun, peluang
atau tawaran itu hanya untuk tempoh setahun iaitu tamat pada tahun 1990.
Malangnya, mendiang tidak pernah memohon untuk menjadi warganegara Malaysia
sepanjang setahun perjanjian itu dimeterai, menjadikan haknya telah luput.
Tindakan
sesetengah pihak yang menggunakan 'Allahyarham' terhadap Chin Peng amat
keterlaluan. Perbuatan itu dilakukan bagi menggambarkan mungkin di saat akhir
hayatnya Chin Peng telah memeluk Islam.
Semua
itu dilakukan semata-mata untuk mendapat simpati rakyat agar mayat Chin Peng
diterima untuk dikebumikan di Malaysia. Tindakan itu juga bertujuan untuk
menjulang bahawa Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan yang perlu dihormati dan
disanjung jasanya.
Walaupun
sudah meninggal dunia, mendiang tetap ketua pengganas komunis yang
bertanggungjawab membunuh ribuan anggota keselamatan negara.
Kematian
Chin Peng itu juga tidak mungkin dapat memadam rasa kebencian terhadap mendiang
terutama dalam kalangan balu-balu anggota polis dan tentera yang dibunuh kejam
pengganas komunis.
Tidak
mungkin veteran polis dan tentera akan menerima mayat atau abu mendiang
sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana
dakwaan pihak-pihak tertentu.
Pihak
yang menjadikan Chin Peng sebagai idola perlu menyorot sejarah keganasan
komunis membunuh ramai anggota keselamatan termasuk bekas Ketua Polis Perak dan
ribuan lagi yang cacat anggota.
Selain
itu, nyawa orang awam juga menjadi korban angkara keganasan PKM selain banyak
wang negara dibazirkan untuk menghalang keganasan mereka.
Bayangkan
berita kematian Chin Peng disebarkan sebagai “Chin Peng sudah wafat”. Mulianya Chin Peng pada padangan mereka. Inilah dikatakan apabila mata hati telah
buta. Tindakan itu seperti memberi erti seperti Nabi. Dalam masyarakat Melayu,
perkataan wafat digunakan untuk merujuk kematian Nabi Muhammad SAW dan para
nabi.
Inilah
gelagat anak muda yang lupa sejarah. Mereka tidak membaca sejarah keganasan
yang dilakukan oleh komunis yang diketuai oleh Chin Peng. Mereka tidak
mengalami penderitaan seperti mana dialaimi oleh anggota tentera, polis, orang
awam dan mereka yang hidup pada zaman darurat.
Seorang
pemuda Melayu semasa 'bertwit' menulis: Mayat Chin Peng akan dibawa pulang?
Kami anak muda sedia sahut dan urus jenazah pejuang itu!
Tidak
pasti apakah budak itu sedar apa yang dia cakap? Atau hanya mahukan perhatian
murahan.
PKM
berjuang bukan menuntut kemerdekaan sebaliknya menjadikan Malaysia negara
komunis yang hanya akan menjadi boneka kepada Republik China.
Dari
segi latihan ketenteraan, persenjataan serta bantuan logistik semuanya
diperoleh dari China, selain Chin Peng dan beberapa bekas pemimpin kanan PKM
seperti Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh pernah tinggal untuk tempoh yang lama di
Beijing.
No comments:
Post a Comment