Setiap
orang inginkan kepada kehidupan mewah dan senang, atau sekurang-kurangnya
memenuhi keperluan hidup harian sebagai sebahagian dari tindak balas spontan
berdasarkan kepada keperluan rohani dan jasmani.
Tetapi
kesenangan hidup tidak datang dengan sendiri tanpa kita berusaha memperolehnya
melalui jalan atau kaedah lazim, yang biasa dilakukan orang ramai. Kehidupan
manusia moden kian mencabar dari masa ke masa, memerlukan usaha lebih gigih
untuk memenuhi keperluan hidup seharian.
Hampir
semua benda memerlukan wang untuk mendapatkannya, terutama mereka yang tinggal
di kota. Hidup di kota tanpa mempunyai wang dirasakan seperti berada di padang pasir
panas yang serba tidak menyenangkan dan menanti maut. Jadi secara prinsipnya
semua orang perlu berusaha mencari rezeki atau wang dengan melakukan
kerja.
Bekerja
ialah melakukan sebarang aktiviti, usaha atau tugas yang mendatangkan hasil
yang boleh digunakan, ditukarkan atau dijualkan untuk mendapat keperluan
lain.
Dalam
Islam tidak ada istilah pengangguran yang banyak mendatangkan penyakit sosial
dalam masyarakat. Dunia yang terbentang luas ini masih memerlukan tenaga
manusia untuk dimakmurkan.
Setiap
orang wajib melakukan usaha mengikut kemampuan masing-masing untuk mencari
rezeki dan memenuhi keperluan hidup. Masa semakin pantas berlari dan sesiapa
yang lalai pasti semakin jauh ketinggalan. Sesungguhnya kejayaan setiap orang
menyumbang kepada kejayaan ummah keseluruhannnya.
Oleh
itu wajib bagi setiap orang Islam berusaha mencari rezeki bagi memenuhi
keperluan diri sendiri, anak, keluarga, orang di bawah tanggungan dan jika
berkemampuan dapat pula menyumbangkan bantuan kepada saudara seagama tidak kira
di mana berada.
Sesiapa
yang ‘memilih’ menjadi penganggur sebenarnya menolak rahmat yang disediakan
oleh Allah untuk setiap hamba-Nya.
Rasulullah
mencela sesiapa malas berusaha mencari rezeki dan hidup dalam kemiskinan yang
boleh membawa kepada kekufuran. Sebaliknya, Rasulullah sentiasa menggalakkan
agar setiap orang Islam berlumba-lumba mencari rezeki.
Balasan
yang diperoleh dari pekerjaan yang dilakukan bukan setakat rezeki bagi memenuhi
keperluan hidup, tetapi menjadi sebahagian daripada ibadat dan mendapat
keampunan daripada Allah.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghabiskan masa petangnya dalam keletihan
akibat dari pekerjaan yang dijalankan oleh tangannya sendiri, maka dia akan
diberi keampunan.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi).
Sebab
itu Rasulullah tidak melayan permintaan sedekah orang yang pada padangan
Rasulullah bahawa dia mampu bekerja. Sebaliknya, Rasulullah mencadangkan
sesuatu pekerjaan yang sesuai dilakukan orang itu agar dia boleh berdikari mencukupi
keperluan hidupnya.
Rasulullah
menjelaskan sesiapa melakukan usaha untuk mendapat rezeki akan dilindungi
daripada menanggung perasaan aib. Biar apapun jenis pekerjaan yang dilakukan,
asalkan halal, tetap dipandang mulia oleh agama.
Hadis
diriwaytkan oleh Baihaqi bermaksud: “Sekiranya salah seseorang di antara kamu
mengambil tali dan keluar mencari kayu api, kemudian dia memikul kayu api itu
dibawa pulang dan dijualnya, maka dengan itu Allah memelihara air mukanya,
adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada
diberi atau tidak.”
Sebagai
manusia yang bermaruah, dikurniakan Allah dengan akal dan tenaga yang sempurna,
sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk mencari rezeki yang terbentang luas
di seluruh pelusuk dunia.
Rahmat
Allah sentiasa terbentang luas kepada hamba-Nya tanpa batasan. Firman-Nya
bermaksud: “Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di
bumi semuanya (sebagai rahmat) daripada-Nya.” (Surah al-Jatsiyat, ayat 13).
Jika
seluruh manusia di dunia ini bekerja mencari rezeki, nescaya peluang rezeki
tetap ada dan mencukupi untuk setiap orang. Setiap makhluk yang dicipta oleh
Allah telah disediakan rezeki yang mencukupi baginya. Bagaimanapun, rezeki itu
tidak datang bergolek jika tidak diusahakan.
Rezeki
berada di mana-mana, hatta di dalam timbunan sampah. Ramai yang bekerja mencari
bahan boleh dikitar semula dalam timbunan sampah mendapat rezeki agak lumayan.
Malah, ada pengusaha kitar semula menjadi jutawan hasil daripada timbunan
sampah.
Usaha
mencari bahan boleh kitar semula bukan saja mendatangkan rezeki, tetapi memberi
kesejahteraan kepada orang ramai.
Sampah
sarap yang dikitar semula mengelak kekotoran dan menyediakan bahan mentah untuk
digunakan semula. Kitar semula juga dapat mengelak daripada pembaziran sumber
yang boleh dimanfaatkan.
Hakikatnya,
peluang pekerjaan dalam berbagai sektor di negara kita masih terbuka luas.
Malah, banyak sektor pekerjaan mengalami kekurangan tenaga kerja yang
menyebabkan terbantut operasi atau aktiviti berkaitan.
Sebab
itu berjuta-juta rakyat negara luar datang ke negara kita mencari rezeki. Negara
kita dianggap lombong emas bagi rakyat negara luar yang gigih berusaha tanpa
memilih bidang pekerjaan.
Berkat
ketekunan dan sanggup melakukan apa saja peluang pekerjaan, ramai pekerja asing
menikmati pendapatan lumayan melebihi apa diperoleh penduduk tempatan.
Tanpa
mempunyai pekerjaan yang memberi pendapatan, seseorang terpaksa bergantung
harap kepada orang lain. Tidak melakukan sebarang pekerjaan satu kerugian besar
kepada diri sendiri.
Sesiapa
tidak menggunakan kekuatan fizikal dan fikiran, berlawanan dengan konsep
memaksimakan penggunaan sumber tenaga yang amat dipentingkan dalam Islam. Potensi
diri perlu digunakan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup.
No comments:
Post a Comment