Kejayaan tidak dapat dicapai dengan mudah
dalam tempoh yang singkat. Ramai yang berusaha dari usia muda hanya mencapainya
setelah berusia awal 40an atau kira-kira setelah 20 tahun berusaha. Bahkan ada
yang hanya mencapai kejayaan setelah usia melepasi 50 tahun.
Bayangkan jika usaha hanya dimulakan ketika
usia sudah melepasi 30 tahun, bilakah akan mengecapi kejayaannya. Mungkinkah
selepas umur 60 tahun, ketika usia sudah di penghujung.
Sebab itu, usia muda amat elok memulakan alam
pekerjaan. Permulaan dalam alam pekerjaan memberi peluang untuk memikirkan
langkah seterusnya. Sebelum ada permulaan, tidak akan ada perancangan
seterusnya.
Ketika usia muda masih belum ada tanggungan
atau belum berkahwin. Pergerakan lebih bebas dan ruang masa yang lebih boleh
diberikan kepada memajukan diri dalam kerjaya. Tumpuan lebih dalam kerja
membuka peluang untuk berjaya lebih besar.
Bekerja awal juga sebagai persiapan untuk
menempuh alam perkahwinan. Setiap lelaki dan perempuan tidak terkecuali
daripada berkahwin apabila tiba jodohnya. Persiapan menempuh alam perkahwinan
termasuklah dalam soal kewangan.
Jika belum mempunyai pekerjaan tentu sukar
bagi seorang lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga untuk berkahwin. Begitu
juga jika baru bekerja beberapa bulan sudah merancang ingin berkahwin akan
menimbulkan masalah. Sebab itu persiapan awal dengan bekerja awal sebaik
selepas peluang pekerjaan ada amatlah perlu.
No comments:
Post a Comment