Thursday, 21 February 2019

TAGIH SIMPATI DAP


Senario kenegaraan Malaysia telah kukuh dengan Melayu dan Islam sebagai terasnya. Melayu dan Islam mendapat kedudukan berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangan DAP tidak patut disokong, khususnya orang Melayu. Tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial yang dipegang kukuh selama ini.

Cara politik DAP itu boleh disebut sebagai konsep luar tabii yang mahu memaksa perubahan keadaan yang ada selama ini.

Amat malang ada kalangan penganut Islam yang sanggup menjadi topengnya atau yang bersedia diperalatkan. Namun mereka tetap tidak mampu menyorokkan wajahnya yang sebenar. Topeng juga tidak kukuh dan boleh terkoyak dan dirobekkan bila-bila masa.

Disebabkan ada umat Islam bersama DAP yang bersedia mempertahankan apa sahaja tindakan dan perancangan DAP, pemimpinnya semakin berani mencabar dan mempermainkan kedudukan umat Islam di Malaysia.

Keadaan sekarang umat Islam di Malaysia seperti pengemis yang terpaksa meminta dan menanti belas kasihan dari pemimpin DAP dalam soal peruntukan menjalankan syiar Islam.

Kedudukan konsep Raja Berperlembagaan yang dijadikan syiar Ketua Agama juga dipermain-mainkan. Kedudukan raja bukan sahaja tidak dihormati, bahkan dihina dan dijadikan bahan jenaka di kalangan mereka yang anti Islam dan Melayu.

Kekuatan DAP sekarang kerana adanya sokongan Melayu yang layak dipanggil barua. Yang sanggup menggadaikan maruah demi kedudukan.

Apa sahaja dilakukan DAP disokong biarpun nyata merugikan Islam dan Melayu, serta mendatangkan kesan buruk kepada sosial masyarakat.

No comments:

Post a Comment