Pertandingan tarik tali biasanya menjadi
kemuncak acara sukaneka atau program berbentuk santai.
Pertandingan melibatkan dua regu,
dengan 5 atau lebih peserta. Dua regu bertanding dari dua sisi berlawanan dan
semua peserta memegang erat seutas tali. .
Di tengah-tengah terdapat garisan, yang
turut ditanda pada tadi dengan ikatan reben. Di setiap bahagian tali regu juga akan
ditandakan dengan reben.
Masing-masing regu berupaya menarik
tali sekuat mungkin agar tanda reben regu yang berlawanan melepasi garis tengah.
Regu yang tanda rebennya melepasi garis tengah dikira kalah.
Pertandingan akan dibuat dua 'set' apabila
pasukan bertukar tempat. Jika seri, pertandingan penentuan akan diteruskan di set
ketiga.
Taktik permainan terletak pada penempatan pemain, kekuatan
tarik dan pertahanan tumpuan kaki di tanah. Pada umumnya pemain
dengan kekuatan paling kuat ditempatkan di hujung tali, untuk menahan hujung
tali ketika bertahan atau menghentak pada saat penarikan.
Memandangkan biasanya pertandingan ini
diadakan secara adhoc, pemilihan regu juga ikut tangkap cukup. Mereka berpakaian
ikut apa yang ada. Malah, pakaian itu sebenarnya agak tidak sesuai untuk ikut tarik
tali. Namun, demi semangat untuk memeriahkan majlis, mereka turut serta.
Disebabkan tiada persiapan dari segi fizikal,
ramai yang sekadar ikut tarik sahaja sengan sekuat tenaga. Akibatnya, ramai yang
rebah dan terseret.
Memang meriah dan menghiburkan acara tarik
tali. Namun, yang parahnya apabila rasa sakit seluruh badan dan ada yang deman disebabkan
urat-urat badan sakit apabila ketika bangun tidur pagi keesokkannya.
No comments:
Post a Comment