Stimulatherapy adalah satu
jenis terapi melalui rangsangan ke atas tubuh agar tubuh mampu merawat dirinya
sendiri (Self Cure). Bagaimana tubuh dirangsang?
Tubuh manusia adalah satu
binaan biologi yang kompleks. Kita mempunyai pelbagai kaedah untuk mengenali
dan memahami anatomi dan sistem fisiologi tubuh manusia. Sama ada kaedah
tradisonal atau kaedah moden. Stimulaterapi ini akan dibincangkan dari
perspektif TCM (Tradisional Chinese Medicines).
Seluruh tubuh manusia boleh
dirangsang dari luar mahu pun dari dalam melalui pelbagai bagai kaedah. Namun
ada bahagian lebih mudah dirangsang dan ada bahagian yang agak sukar.
Tempat yang lebih mudah
dirangsang ialah;
- Saluran tenaga (bio-energy
channel).
- Titik – titik refleksi
(Reflect points).
- Pintu tenaga (Entry Points)
dan titik sambungan (Connectivity)
Justeru rangsangan yang
berkesan hendaklah dilakukan pada saluran, titik refleksi dan titik sambungan
yang tepat pada lokasinya dan sesuai pada masanya.
Mengikut teori “Body Meridians
Theory”, dalam tubuh manusia yang hidup ada mengalir sejenis tenaga hayat
(bioenergy) atau chi atau prana. Ibarat barangan elektrik, ia akan ‘hidup’ dan
berfungsi apabila ada arus elektrik yang mengalir kepadanya.
Jika arus elektrik mengalir melalui kabel atau wayar tenaga hayat pula mengalir melalui saluran atau energy channel.
Jika arus elektrik mengalir melalui kabel atau wayar tenaga hayat pula mengalir melalui saluran atau energy channel.
Saluran tenaga hayat mengalir
setiap saat dalam 24 jam. Mengikut teori ini setiap organ tubuh hanya akan
berfungsi normal jika mendapat bekalan tenaga (tenaga hayat) yang mencukupi.
Atas sesuatu sebab, bekalan
tenaga hayat kesuatu organ mungkin berkurangan – kekurangan ini akan membawa
implikasi ketidak seimbangan yang seterusnya memberi kesan kepada tahap
kesihatan seseorang.
No comments:
Post a Comment