Thursday, 21 February 2019

HUKUM SENTUH PEREMPUAN



Batasan hubungan lelaki dan perempuan perlu dijaga. Dosa lelaki bersentuhan dengan perempuan amat berat, apatah lagi melakukan zina.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang daripada kamu ditikam di kepalanya dengan sebatang besi, itu adalah lebih baik daripada dia menyentuh seorang perempuan yang diharamkan dia menyentuhnya.” (Hadis riwayat Tabrani).

Islam menetapkan peraturan dalam memelihara maruah dan adab hubungan antara lelaki dan perempuan yang antara lain bertujuan mengelak zina. 

Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 30 bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.”

Perempuan tidak dibenarkan mendedahkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir atau melakukan perbuatan menyebabkan lelaki tertarik kepada mereka sehingga terdorong nafsu berahi.  

Firman Allah bermaksud: “Katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya” (Surah an-Nur, ayat 31).

No comments:

Post a Comment