Sunday, 9 June 2019

JELASKAN CUKAI TANAH ELAK DENDA DAN DIRAMPAS


Salah satu sumber pendapatan negeri ialah melalui cukai tanah. Urusan tanah berada ada sepenuhnya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri di mana tanah itu berada.

Setiap pemilik tanah yang memilik geran atau surat hakmilik adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah masing-masing mengikut jumlah yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan untuk tahun yang berkenaan.

Bagi pemilik tanah di Kelantan, cukai tanah perlu dijelaskan dalam tempoh di antara 1 Jan hingga 30 Jun setiap tahun untuk cukai tahun berkenaan.

Mulai 1 Julai, cukai yang tanah yang belum dijelaskan dijadikan tunggakan dan denda lewat akn dikenakan mengikut kadar ditetapkan. Jika cukai itu masih tidak dijelaskan pada tarikh ditetapkan, Notis Tuntutan (Notis 6A) dikeluarkan dengan kadar RM6.00 setiap notis.

Sekiranya tidak juga dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh arahan Notis tersebut, maka tidakan merampas tanah di bawah Seksen 100 KTN akan diambil.

Semakan dan bayaran cukai tanah boleh dibuat melalui laman web www.ptg.kelantan.gov.my

Jadilah rakyat yang bertanggungjawab menjelaskan cukai tanah. Cukai yang dipunggut kerajaan akan digunakan untuk pentadbiran negeri dan menyediakan kemudahan untuk rakyat.

2 comments: