Sunday, 9 June 2019

CHAMPS VITAMIN C KANAK-KANAK


Amalan diet yang seimbang merupakan salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Namun begitu, tahap kesihatan kita masih boleh dipertingkatkan lagi dengan pengambilan suplemen yang berasaskan Vitamin C.

Bahan yang kebiasaannya ada dalam ubat-ubatan atau suplemen adalah Vitamin C, merupakan salah satu vitamin yang penting untuk tubuh badan kita.

Dikenali dengan nama asid Ascrobic, tahap Vitamin C dalam tubuh dapat dikekalkan pada paras yang betul bagi membantu mencegah timbulnya penyakit kardiovaskular dan mengatasi beberapa simptom degradasi tubuh akibat penuaan.

Dalam sesetengah kes, dos tinggi Vitamin C telah dikaitkan dengan pengurangan tahap kanser di dalam badan.

Pemakanan sampingan mengandungi Vitamin C adalah salah satu suplemen popular dan ianya datang dalam pelbagai bentuk yang berbeza untuk dibeli.

Bagi anda yang mengalami kesukaran untuk mencari produk terbaik, Champs bawakan antara jenis-jenis Vitamin C pilihan ramai.

Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga harus mengambil suplemen tambahan untuk menguatkan lagi sistem imunisasi mereka.

Produk keluaran Champs ini mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi. Ia berfungsi sebagai antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imun dan gusi yang sihat.

Selain itu, suplemen ini juga mampu membuka selera makan kanak-kanak bagi yang kurang makan. Dengan perisa buah-buahan.

Vitamin C ini boleh diambil seperti memakan gula-gula. Si kecil pasti tidak akan menolaknya.

Sesuai diambil oleh kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas.

No comments:

Post a Comment