Kulat pusu atau cendawan busut, juga dikenali
kulat tahun disebabkan di sesetengah tempat ia hanya tumbuh setahun sekali.
Kulat pusu unik kerana mengikut pemerhatian ia tumbuh apabila berlaku hujan
yang diikuti dengan kilat dan guruh.
Satu lagi petanda akan tumbuh kulat pusu di
sesuatu tempat ialah wujudnya kelkatu berterebangan. Malam hujan lebat dan
sebelah siangnya yang panas terik selama 3 hari berturut-turut menandakan musim
kulat pusu tiba.
Kulat pusu tumbuh meliar di atas tanah yang
terdapat anai-anai. Sebab itu ia dikenali kulat pusu (busut) yang dikaitkan
tempat tinggal anai-anai. Kulat pusu tumbuh secara berkoloni di atas pusu
anai-anai.
Kulat pusu akan tumbuh di tempat yang sama,
sekiranya tempat itu tidak diganggu. Namun apabila kawasan tempat ia biasa
tumbuh diratakan, digali dan dicangkul untuk didirikan penempatan, kulat pusu
akan beralih untuk tumbuh di tempat lain pula, tetapi disekitar itu juga. Ini
berlaku kerana pusu anai-anai juga telah beralih.
Kulat pusu tidak hidup lama, jangkahayatnya
mampu bertahan hanya 4 hari sahaja. Hari pertama topi kulat akan muncul dari
tanah. Pada hari kedua ia tumbuh meninggi sehingga 5 – 6 inci dari atas
permukaan bumi dan topinya sedikit membuka. Semasa hari kedua juga teksturnya
sedikit kenyal dan keras.
Pada hari ketiga topinya menjadi besar dan
hampir kembang. Pada hari keempat topinya berkembang dengan penuh dan dalam
keadaan ‘malo’ atau matang. Oleh itu hari yang paling sesuai untuk mengutip
kulat pusu adalah pada hari kedua.
Kulat pusu dianggap telah rosak sepenuhnya
pada hari kelima. Sebab itu banyak kulat pusu tidak dipungut disebabkan tidak
disedari kewujudannya.
Jadi, jika di sesuatu kawasan pernah ditumbuhi kulat pusu, berlaku
tanda-tanda kilat dan hujan, ada kelkatu dan hari panas beberapa hari, elok
diperiksa tempat itu mungkin ada kulat pusu telah tumbuh.
No comments:
Post a Comment