Murtad di kalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada
kita. Indeks pencemaran akidah semakin buruk. Murtad yang berlaku ini bukan sahaja dengan mereka menukar agama atau memeluk agama lain.
Murtad di sini adalah bila mereka mengiyakan apa saja perbuatan
buruk dilakukan terhadap Islam dan pada masa sama menyokong apa-apa perbuatan
yang dilakukan bukan Islam. Perbuatan itu dilakukan demi politik dan atas dasar
hak kebebasan kemanusiaan.
Rasulullah SAW berpesan dalam satu sabda bermaksud: "Bersegeralah
kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa,
satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di
malam gelap gelita tak nampak".
Sahabat bertanya: "'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa
itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat
bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah?' Rasullullah SAW menjawab:
"Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini: "Akan datang
fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam
gelap". Gambaran diberikan ialah bagaimana gerakan ini dapat dilihat
kalau begitu keadaannya. Satu cara untuk mengahadapi cabaran ini hanyalah
dengan cahaya keimanan.
Memang sukar untuk mengenal siapa yang telah murtad kerana pada
masa sama mereka masih mengamalkan cara hidup Islam dan melakukan ibadat khusus
seperti orang Islam lain.
Sebab itu, kita jangan leka dengan gerakan tersebut. Mereka
sendiri jika dikatakan telah murtad pasti akan membantah dan tidak mengaku.
Malah, mereka mengaku diri lebih Islam daripada orang lain.
Gerakan murtad ini selari dengan gerakan liberalisme dan
pluralisme yang memberi gambaran bahawa Islam boleh menerima apa saja
nilai-nilai yang diamalkan penganut agama lain dan mengaku agama lain juga baik
dan boleh mengikut sebahagian daripada amalan agama lain yang didakwa lebih
baik dan diterima ramai.
Inilah serangan pemikiran yang melanda umat Islam di Malaysia,
bahkan juga di seluruh dunia. Musuh Islam tidak berhasrat untuk mengubah status
agama dalam kad pengenalan atau apa-apa rekod peribadi individu Islam, tetapi
sudah memadai mengubah cara pemikiran dan amalan hidup seharian.
Tindakan itu agar menepati Perkara 11 Fasal 4 menyebut mengenai
undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekal pengembangan apa-apa
iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama
Islam.
Bahkan orang bukan Islam tidak mahu gerakan memurtadkan orang
Islam nampak ketara kerana tidak mahu dikenakan tidak undang-undang. Situasi
inilah perlu difahami atau disedari umat Islam agar tidak terpengaruh atau
terikut-ikut dengan fahaman liberal dan plural yang giat dilakukan terhadap
umat Islam sekarang.
No comments:
Post a Comment