Perkara
11 Fasal 4 menyebut mengenai undang-undang persekutuan boleh mengawal atau
menyekal pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang
yang menganut agama Islam.
Namun
gerakan murtad terus mengganas melalui tindakan orang Islam sendiri yang semakin
keliru dengan identiti mereka sendiri.
Memang
sukar untuk mengenal siapa yang telah murtad kerana pada masa sama mereka masih
mengamalkan cara hidup Islam dan melakukan ibadat khusus seperti orang Islam
lain. Jika dikatakan telah murtad pasti akan membantah dan tidak mengaku.
Malah, mereka mengaku diri lebih Islam daripada orang lain.
Gerakan
murtad ini selari dengan gerakan liberalisme dan pluralisme yang memberi
gambaran bahawa Islam boleh menerima apa saja nilai-nilai yang diamalkan
penganut agama lain dan mengaku agama lain juga baik dan boleh mengikut
sebahagian daripada amalan agama lain yang didakwa lebih baik dan diterima
ramai.
Serangan
akidah terhadap umat Islam sebenarnya berlaku di seluruh dunia. Paling ketara usaha dilakukan oleh pihak
Kristian. Semenjak kalah dalam Perang Salib
terakhir. Satu wasiat telah dibuat oleh
pemimpin Kristian yang antara lainnya bermaksud:
"'Kepada
semua pemimpin-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan
besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang
dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu
tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka
(orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu,
hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan
budaya ke atas orang Islam.'
Mangapa
dakwah Kristian berjaya? Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G.
GOSPEL, GOAL, GLORY. Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang
terhadap Islam.
Kalau
kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa
tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa
mubaligh Kristian Francis Xavier sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Mereka
bergerak dalam semua lapangan kehidupan. Dari politik, kemasyarakatan, ekonomi, perbankan, sukan dan
sebagainya. Mereka masuk dengan cara
menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama
daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan
dunia.
Cara
lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan sama ada
dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
Perpecahan
politik orang Melayu bukan setakat melemahkan kedudukan orang Melayu, tetapi
juga orang Islam. Tonggak Islam di
Malaysia adalah Melayu. Jadi, untuk
melemahkan Islam ialah dengan melemahkan politik orang Melayu.
Soal
kekuatan ekonomi Melayu, mereka tidak perlu fikirkan kerana memang Melayu
rata-rata miskin. Keadaan ini jugalah
memudahkan mereka menghulurkan bantuan kepada sebelah pihak untuk menghancurkan
sebelah pihak Melayu lain.
Sebab
itu berlaku akidah perjuangan politik di kalangan pemimpin politik di Malaysia
muktakhir ini. Demi kuasa, perpaduan
sesama Islam dileraikan, sebaliknya mencari rakan bukan Islam yang nyata
mempunyai semangat untuk menghancurkan Islam.
No comments:
Post a Comment