Tuesday 8 January 2019

KANDUNGAN SUSU PEKAT MANIS

Satu yang diminati oleh kebanyakan rakyat Malaysia ialah perisa susu tanpa memperdulikan atau mengambil kira 'susu' apa. Tetapi yang pasti, majoriti produk tenusu yang berada di pasaran di Malaysia ialah susu pekat manis.

Susu pekat manis adalah produk yang diproses dengan menambah gula dalam kuantiti yang banyak, kira-kira 40 hingga 50 peratus kandungan produk. Kandungan susu segar hanyalah kira-kira 10 peratus.

Gula bertindak sebagai bahan pengawet dalam memastikan susu ini tahan lebih lama sehingga bertahun-tahun.

Di samping itu juga, kandungan gula yang tinggi juga mengakibatkan mikroorganisma di dalam susu mati sekali gus berfungsi untuk mengekalkan tahap steril pada produk ini.

Tambahan pula, kebanyakan produk susu pekat manis yang dijual di pasaran merupakan susu daripada rong kepala sawit sekali gus menafikan kewujudan susu lembu yang disejatkan di dalam susu pekat.

Bayangkan kadar pengambilan susu pekat manis yang telah kita ambil selama ini. Kita bukan sahaja menggunakan susu pekat sebagai pemanis minuman, kita juga menggunakannya untuk membuat kuih-muih, kek, ABC dan sebagainya. Malah, ada juga ibu bapa yang membancuh susu pekat manis sebagai pengganti kepada susu tepung lalu memberikannya kepada anak-anak.

Betapa banyaknya rakyat Malaysia mengambil gula, sama ada dalam bentuk gula kasar mahupun dalam produk susu. Jumlah ini bertambah lagi bagi mereka yang gemar minum kopi atau teh susu dengan jumlah susu pekat manis yang banyak.

Inilah sebab mengapa rakyat Malaysia ramai mengalami kegemukan dan masalah kencing manis.  

No comments:

Post a Comment