Tahukah
anda apa yang dilakukan oleh lelaki di dalam gambar ini? Atau, apakah agaknya
yang dilakukan oleh lelaki tersebut? Tentu ramai menyangka dia membuat teduhan
untuk pokok yang daunnya semakin menjadi coklat dan akan gugur. Usaha itu untuk
menyelamatkan pokok itu daripada mati.
Cerita
sebenar di sebalik gambar tersebut ialah tindakan atau usaha lelaki tersebut
untuk menyelamatkan atau memberi keselesaan kepada ibu burung ketitir yang
sedang ramkan telurnya.
Burung
ketitir itu mula membuat sarang di pokok tersebut ketika daun pokok masih
hijau, Namun, pokok itu mati disebabkan musim panas dan ditambah pula baru
sahaja dipindahkan ke tempat tersebut.
Akar-akar
pokok itu belum dapat berfungsi sepenuhnya untuk menyerap air bagi meneruskan
kelangsungan hidup di tempat baru.
Menyedari
burung ketitir yang bertelur di situ memerlukan suasana yang lebih nyaman dan
terlindung, maka lelaki tersebut yang juga bekas seorang guru, kini
mengusahakan ladang buah-buahan, membuat teduhan untuk burung ketitir.
Semoga
burung ketitir itu dapat menyempurnakan tugas mengramkan telur dan menetas melahirkan
generasi baru yang bakal melengkapkan ekosistem di kebun buah-buahan.
Semoga
usaha murni lelaki itu bakal diganjari pahala kebunnya mengeluarkan buah yang banyak
pada masakan akan datang. Amin.
No comments:
Post a Comment