Pendirian dan sikap Ahli Sunnah wal-Jamaah menyatakan wajibnya taat kepada
pemimpin, penguasa dan mereka yang menguruskan urusan kaum muslimin. Haram mengkhianati mereka terutamanya dalam urusan zakat, jihad, memerangi
kesesatan dan kekufuran.
Wajib bersolat di belakang mereka dan di belakang orang-orang yang menjadi
wakilnya di masjid-masjid yang telah disediakan oleh penguasa Islam.
Rasulullah SAW bersabda, "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti
para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunahku dengan
panduan sunahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya
adalah hati syaitan (fasik). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan
jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada
pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan kepada kita pemimpin perlu ditaati walau
apa sekali. Demi untuk mencapai cita-cita tertentu, ada pihak sanggup melakukan tindakan
yang menyebabkan mudarat, kesengsaraan dan kerugian kepada orang lain.
Keghairahan yang tidak mengenal betul dan salah, dilaksanakan dengan
sokongan mereka yang taksub dan wala membabi buta. Mereka sebenarnya
menjadi barua dan broker melakukan kejahatan.
Rakyat yang bijak pasti dapat membuat pilihan tepat untuk mengelak diri
daripada terbabit sama dengan tindakan yang mencetuskan huru hara dalam
negara.
Pihak luar yang ingin menjatuhkan negara bersedia memberi dana dan khidmat
nasihat serta sokongan moral kepada golongan tertentu di dalam negara
kita.
Allah SWT menjadikan hidup di dunia bukan sia-sia atau secara main-main
tetapi ada tanggungjawab tertentu. Manusia diberi akal fikiran supaya tidak
terikut-ikut dengan gaya menyalahi fitrah.
Allah SWT berfirman bermaksud: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa
kami hanya menciptakan kamu sia-sia saja? Dan kamu tidak akan dikembalikan
kepada kami? (Surah al-Mukminun, ayat 115)
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan (ingatlah)
sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh
itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?." (Surah
Yusuf, ayat 109).
Sesungguhnya setiap perbuatan manusia, sama ada baik atau buruk tidak terkecuali biarpun satu, dicatat dan dikumpulkan oleh Allah SWT dengan perantaraan malaikatnya untuk dihitung dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Sesungguhnya setiap perbuatan manusia, sama ada baik atau buruk tidak terkecuali biarpun satu, dicatat dan dikumpulkan oleh Allah SWT dengan perantaraan malaikatnya untuk dihitung dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Catatan itu tidak mungkin silap atau berlaku pilih kasih. Malaikat Raqib
di sebelah kiri mencatat amalan jahat sementara Malaikat Atid di sebelah kanan
mencatat amalan baik.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya
Allah mencatat amalan baik dan buruk manusia. Maka sesiapa yang berkeinginan
untuk melakukan kebaikan namun tidak jadi melakukannya, akan ditulis untuk
kebaikan sempurna. Dan sesiapa yang berkeinginan untuk melakukannya lalu ia
benar-benar melakukannya, maka ditulis untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh
ratus kali ganda bahkan hingga tidak terbatas. Dan sesiapa yang berkeinginan
untuk melakukan keburukan namun ia tidak jadi melakukannya, maka ditulis
untuknya satu kebaikan. Namun jika ia keinginannya lalu benar-benar
melakukannya, maka akan ditulis untuknya satu kejahatan." (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim).
Janganlah berangan ingin memasuki syurga Allah SWT jika gaya hidup dipenuhi
kedurhakaan. Kehidupan berdasarkan matlamat mencari kesenangan dan
bersuka-ria akan menjauhkan diri daripada syurga.
Golongan ini menyangka apa yang mereka lakukan itu dapat membawa
kebahagiaan berkekalan. Mereka tamak merebut semua perkara yang
difikirkan dapat memberi kesenangan hidup di dunia tanpa memikirkan perkara itu
halal atau haram.
No comments:
Post a Comment