Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang
ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah
dilanda penyakit kronik.
Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa
penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah
dulu. Rawatan alternatif dan tradisional boleh digabungkan kemudian.
Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang
makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca
indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti cara, gaya, budaya dan tabiat
hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda
dan ubah tabiat kepada ciri-ciri positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno
yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.
Sekarang dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu
makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar. Lain-lain
punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan kimia, radiasi
dan pencemaran.
Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan
yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidrat.
Juga makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambah
perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan tersebut dan juga makanan segera dan junk serta minuman
manis dan bergas. Makan bahan mentah dan segar. Banyakkan sayur dan buah. Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga
jangan memasak keterlaluan panas atau lama.
Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Kunyah makanan perlahan-lahan
dan berulang-ulang sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan.
Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali
setiap suap makanan.
Mulakan makan dengan buah-buahan dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum
makan nasi. Kalau boleh jangan tambah nasi; tambah lauk (perotin) dan sayur-sayur
jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts, gajus
atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan.
Biasakan minum juz buah-buah yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah
gula adalah jus buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam.
Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup.
Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai-bagai
pucuk daun yang mudah ditanam di sekitar rumah.
Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia boleh timbul di mana-mana saja.
Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan
arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca Al-Quran, zikir dan selawat, puasa
dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan
didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca Al-Quran
setiap hari.
Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan
berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima
teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah
sebagai ' qada' dan kadar Allah '
Pergerakan tubuh badan juga satu kaedah kurangkan tekanan perasaan. Pilih
saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit
asalkan berpeluh. Contohnya berjalan
kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Pergerakan badan hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan
bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan
serangan jantung dan angin akhmar.
Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah
naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan
khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.
Amalkan makan multivitamins, fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Makanan
harian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu
dan organ penting dalam tubuh badan.
No comments:
Post a Comment