Umat Islam dituntut
bersembahyang lima waktu sehari secara berjamaah di masjid atau surau. Manakala setiap Jumaat, menjadi fardu ain orang
lelaki menunaikan sembahyang Jumaat.
Diperhatikan, banyak jemaah
yang ambil mudah dalam soal meletak kenderaan masing-masing. Ada yang meletakkan kenderaan menghalang
laluan masuk ke pintu pagar masjid. Bahkan ada yang meletaknya terlalu hampir dengan pintu masjid sehingga
mengganggu kelancaran untuk memasuki masjid.
Itu tidak termasuk lagi
soal yang letak kenderaan secara tidak berhemah di tepi jalan raya hingga
menyebabkan jalanraya terhalang. Ada
yang juga menyebabkan terhalang pemandangan pengguna lain untuk keluar dari
cabang dan sebagainya.
Hendaklah kita sedar
bahawa bagi jalanraya itu haknya yang diajar oleh Islam. Jalanraya bukan sahaja
digunakan oleh kita, mereka yang lain juga ada hak menggunakannya dengan cara
yang mematuhi peraturan.
Mereka mungkin ada urusan kecemasan ataupun bukan muslim yang mahu ke tempat lain ataupun muslim yang tidak terlibat dengan solat berkaitan seperti wanita, musafir dan seumpamanya.
Mereka mungkin ada urusan kecemasan ataupun bukan muslim yang mahu ke tempat lain ataupun muslim yang tidak terlibat dengan solat berkaitan seperti wanita, musafir dan seumpamanya.
Rasulullah SAW pernah
mengingatkan kalangan sahabat baginda agar tidak mengganggu pengguna jalan.
Maksud sabda: "Jangan
kamu duduk di jalan". Mereka menjawab: "Kami terpaksa. Ia majlis
kami. Kami berbicara di situ".
Sabda Nabi: "Jika
kamu enggan melainkan mahu duduk juga hendaklah kamu memberikan hak
jalan". Mereka bertanya: "Apakah itu hak jalan?".
Jawab Nabi SAW: "Tundukkan
pandangan (jangan melihat aurat dan keaiban orang), cegah diri sendiri dari
menyakiti pihak lain, jawab salam, menyuruh kepada yang baik dan mencegah
kemungkaran". - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Menghalang kenderaan
pengguna jalan raya yang lain itu boleh memudaratkan terutama apabila pengguna
itu sakit, ataupun mahu ke suatu tempat yang perlu sampai pada masanya seperti
airport dan seumpamanya.
Kenderaan hendaklah
diletakkan di tempat yang tidak menghalang lalulintas kenderaan mahupun
penjalan kaki. Letakkan kenderaan biarpun jauh dari masjid dan berjalan
kaki. Sesungguhnya setiap langkah menuju
masjid adalah pahala.
Tetapi, jika kita melakukan perbuatan yang ditegah dengan menghalang lalulintas, maka itu sudah menjadi sebahagian perbuatan dosa. Menyusahkan dan membahayakan orang lain adalah perbuatan ditegah.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
No comments:
Post a Comment