Tahun
baru Masihi ikut lahir Nabi Isa yang disambut penganut agama
Kristian. Namun
acara itu tidak dianggap acara keagamaan kerana masyarakat dunia tanpa
mengira agama dan keturunan mengguna kalender Masihi sebagai tarikh
universal. Justeru, para ulama sepakat mengatakan sambutan tahun baru Masihi
tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Malangnya banyak acara sambutan
tahun baru menyalahi batasan agama dan budaya. Pergaulan bebas lelaki
perempuan bukan sekadar dalam majlis tari menari dan hiburan tetapi melarat
sehingga ke tempat lain.
Semua ini tidak sesuai untuk dikatakan
motivsi tahun baru. Sebaliknya, acara sambuan itu menjadikan keadaan bertambah
haru, bercelaru dan keliru. Asalnya baik tetapi bertukar buruk setelah
menyambut tahun baru.
Muda mudi kita terikut-ikut dengan
budaya masyarakat lain yang berpunca lemahnya pegangan akidah. Kelemahan
ini selain kuatnya pengaruh budaya asing, juga berpunca kurang penghayatan
terhadap ajaran agama.
Golongan muda hampir tidak ada
kecenderungan hati, perasaan dan jiwa menghayati atau mencintai cara hidup
Islam. Umat Islam kehilangan identiti disebabkan kehilangan kekuatan
akidah.
Pengaruh asing masuk melalui media
massa, kedatangan pelancong dan pekerja asing, serta rakyat Malaysia yang
pernah tinggal di luar negara, menjadi punca keruntuhan moral anak-anak muda yang
semakin parah.
Pergaulan bebas lelaki dan perempuan
mudah merangsang kepada hubungan seks. Tambah buruk jika mereka berada
dalam pengaruh arak yang disediakan di majlis tari menari.
Akibat godaan syaitan dan fikiran
yang tidak lagi normal, secara dirancang atau tidak dirancang, banyak pasangan
muda mudi menyambutnya tahun baru di ranjang. Malah banyak yang mendapat
pengalaman pertama hubungan seks sempena tahun baru.
Pengaruh arak turut membahayakan
keselamatan ketika memandu. Memandu dalam keadaan pengaruh alkohol
menyebabkan meningkat kes kemalangan jalan raya pada malam sambutan tahun baru
berbanding hari biasa.
Mat rempit pula mengambil peluang
mempamerkan aksi maut lebih hebat berbanding hari-hari biasa. Mereka
berpesta sakan dengan semangat tahun baru yang mana seperti menyatakan pada
orang ramai bahawa mereka akan terus merempit sepanjang tahun.
Sekiranya pihak berkuasa tidak mampu
mengawal amalan negatif, elok majlis-majlis rasmi kerajaan diadakan tanpa
melibat majlis hiburan. Lebih elok diadakan majlis ceramah kesedaran dan
motivasi sesuai dengan tujuan untuk membina semangat posifit tahun
baru.
Ibu bapa tidak seharusnya
membenarkan anak menghadiri majlis sambutan tahun baru kecuali yang dianjurkan
secara tertib oleh pihak bertanggungjawab. Hadirilah majlis sambutan tahun baru
yang berbentuk patriotik, kesyukuran, sembahyang hajat dan ceramah berbentuk
motivasi dan keagamaan.
Orang Melayu perlu menyambut tahun
baru dengan identiti yang membanggakan. Jauhkan diri daripada
terikut-ikut dengan amalan yang dilakukan oleh bangsa lain. Tirulah hanya
perkara yang mendatangkan kebaikan.
Penganut bukan Islam mempunyai
kepercayaan dan cara hidup yang jauh berbeza dengan orang Melayu beragama
Islam. Amalan mereka banyak memesongkan akidah dan jati diri umat Islam.
Umat Islam mesti kembali kepada
prinsip Islam. Usaha memperkuatkan amalan beragama untuk mesti diusahakan
dengan serius, terutama di kalangan golongan muda.
Biarpun sebenarnya kita seharusnya
memulakan azam yang baik setiap hari. Setiap hari kita perlu melakukan
pembetulan dan muhasabah diri terhadap aktiviti seharian. Perbuatan dan
nilai hidup kita setiap hari mesti sentiasa meningkat. Sekiranya dikesani
ada kekurangan hendaklah terus diperbaiki.
Kita tidak perlu menunggu masa
setahun baru ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan. Sepanjang tempoh
tersebut bermakna kita telah mensia-siakan masa yang sepatutnya telah berubah
meninggalkan keburukan dan meneruskan dengan kehidupan yang lebih baik.
Paling penting kita sebagai orang
Islam ialah melakukan taubat atas segala kesalahan yang dilakukan. Taubat
perlu dilakukan dengan segera apabila menyedari melakukan dosa. Azam
menjauhkan perbuatan dosa amat penting dijadikan agenda tahun baru.
No comments:
Post a Comment