Kisah beza pendapat dari sudut humor atau kelakar. Biarpun kisah
hanya rekaan, tetapi wajar dilihat bukan untuk kelakar semata-mata, tetapi carilah
pengajaran dan hikmahnya.
Antara pengajaran daripada kisah itu ialah
setiap orang mempunyai pandangan dan membuat penilaian berbeza terhadap sesuatu
perkara berdasarkan kepada pengetahaun dan ilmu yang dimiliki.
Maka itu, kita tidak boleh menafikan pendapat orang lain, kerana
masing-masing melihat berdasarkan kepada ilmu bidang masing-masing.
Sesungguhnya, perbezaan pendapat itu satu rahmat selagi mana ia diuruskan
dengan baik.
Begitu juga, perbezaan pendapat dan kemelut
dalam kehidupan masyarakat adalah berpunca kepada tahap pemikiran dan analisa
yang berbeza terhadap sesuatu perkara.
Inilah yang kerap berlaku dalam politik
sekarang. Masing-masing ada arah tuju dan matlamat
masing-masing. Apa yang penting ialah keikhlasan.
Kisahnya:
Ketika mesyuarat guru-guru sedang berlangsung
dipengerusikan pengetua, tiba-tiba terdengar bunyi "phooooott"
disusuli aroma yang kurang enak.
Lalu para guru masing-masing memberikan
komen:
Guru Matematik: Hmmm.. sesuatu yang tidak
boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi.
Guru Muzik: Wahh... bunyi nadanya terletak
pada chord c major.
Guru Fizik: Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yang
digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.
Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya.
Guru Agama: Ini salah satu penyebab batalnya wuduk.
Guru Geografi: Kedudukannya mengikut arah mata angin.
Guru Kaunseling: Perilaku ini tidak selari dengan perilaku
manusia yang bertamadun.
Guru Sastera: Perkataannya boleh diuntai ditulis, namun aromanya
nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Guru Bahasa: Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkap predikat
yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.
Guru Sejarah: Salah satu penyebab berlakunya perang mulut.
Guru Kimia: Di dalamnya ada sedikit elektron dan gas hidrogen
dapat dibebaskan
Guru English: This is wind of change.
Guru Sivik: Ini boleh dikatakan perilaku yang tidak bagus.
Guru Matematik Tambah: Tiada dalam bab function ataupun index
baunya.
Guru Perdagangan: Ini boleh menyebabkan penawaran melebihi
permintaan.
Guru Ekonomi: Ekonomi akan merundum kalau perkara ini berterusan
Guru Jasmani: Satu exercise keluar angin yang menyihatkan
badan.
Guru Seni: Seni yang sukar untuk diungkapkan.
Guru Pengajian Am: Tidak ada dalam silibus subjek PA,
tetapi umumnya boleh membantut matafikir untuk buat analisis data sebab ianya
hanya menggunakan satu @ dua pancaindera saja.
Guru Silat: Tidak dapat ditangkis biarpun
sehebat mana pasang kuda-kuda.
Guru Perakaunan: Aset yang perlu dilupuskan dengan harga skrap.
Guru Undang-undang: Ada fakta kes yang jelas dan banyak saksi,
tetapi ia tidak dapat dibawa ke mahkamah.
Guru Masakan: Antara punca memakan makanan tidak betul-betul
masak atau silap ramuan.
Guru Solekan: Ini tidak menjelaskan kecantikan solekan, tetapi
boleh menyiksakan jurusolek.
No comments:
Post a Comment