Janda memang sering mendapat perhatian. Gelaran atau status janda
diberikan kepada wanita yang diceraikan suami. Manakala balu pula yang kematian
suami.
Mengapa janda menjadi perhatian? Menariknya perhatian itu dari dua sisi
iaitu baik dan buruk. Sisi baiknya hanya mengikut perhatian lelaki yang ingin
mengambil 'kesempatan' terhadap janda. Janda yang mempunyai pengalaman hidup suami
isteri dikatakan mudah dipikat dan dipergunakan. Istilah janda gersang dan
janda gedik atau gatal sering ditujukan kepada janda.
Sebenarnya, sisi tertariknya lelaki terhadap janda dipandang sebaliknya
oleh isteri. Ramai isteri yang tidak senang duduk jika mengetahui suaminya
berkawan dan rapat dengan janda.
Status janda memang berat untuk ditanggung oleh si janda. Persepsi
buruk terhadap janda ini mungkin sikap janda sendiri. Namun, tidak kurang juga
janda yang sebenarnya tergolong wanita yang terhormat. Jadi, tidak adil semua
janda dipandang serong.
Menjadi janda bukan pilihan wanita, biarpun dalam keadaan tertentu
punca perceraian disebabkan isteri meminta cerai dari suami suami tanpa alasan
munasabah. Namun, banyak kes sebenarnya wanita mendapat status janda menjadi
mangsa kepada sikap tidak bertanggungjawab suami.
Janda bukan wanita murahan dan boleh diperlakukan dengan niat jahat.
Banyak janda menjadi insan berjaya dengan usaha untuk memperbaiki taraf hidup
apabila ditinggalkan suami dan terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri.
Sebab itu, juga juga yang ingin mengambil kesempatan dengan kejayaan
janda. Lelaki hidung belang akan mencari janda dan mengambil kesempatan atas
kelemahan janda.
Mereka memilih janda bukan untuk membantu, tetapi mempergunakan. Lelaki
seperti inilah yang menjadikan imej janda dipadang buruk.
Jika ingin memilih janda sebagai pasangan hidup, ambillah seadanya.
Lihat pada keinginan untuk melakukan kebaikan dan satu tanggungjawab.
No comments:
Post a Comment