Terdapat banyak tempat yang menggunakan
nama 'beris' sebagai gabungan. Contohnya Kampung Beris Lanjut, Kampung Beris Jambu, Kampung Beris Jejawi,
Kampung Beris Panchor, Kamung Beris Kubur Besar, Kampung Beris Pintu Gerbang, Kampung Beris Pak Pura dan banyak
lagi.
Mengapa tempat itu dinamakan 'beris'? Kalau
kita pergi ke kampung yang menggunakan nama beris, satu cirinya ialah kawasan itu
tanahnya berpasir berwarna hitam atau gelap.
Beris sebenarnya merujuk kepada tanah berpasir
yang bercampur dengan tanah liat. Tanah beris sesuai untuk tanaman tembakau, tembikai,
kelapa dan tanaman jenis ubi.
Tanah beris juga banyak digunakan untuk
tanaman buah ketereh atau gajus.
Sebuah syarikat produksi Tanah Beris Film
Production Sdn Bhd ditubuhkan oleh Suhaimi Lua Abdullah, yang berasal dari Kampung
Beris Gajah Mati, Bachok.
No comments:
Post a Comment