Saturday 3 August 2019

AVON JENAMA TERKENAL DI KALANGAN WANITA


Avon jenama antarabangsa yang berasal dari Amerika Syarikat ditubuhkan sejak tahun 1886 lagi. Kini beroperasi di lebih 150 buah negara di seluruh dunia yang meletakkan Avon sebagai syarikat jualan langsung barang kosmetik terbesar di dunia.

Seiring dengan sambutan di seluruh dunia, Avon bukanlah suatu jenama yang asing di kalangan wanita di Malaysia sejak 1977.

Avon memahami kehendak semua wanita dengan menawarkan pelbagai rangkaitan produk kosmetik, penjagaan kulit, set wangian, pakaian dalam dan banyak lagi. 

Apa yang menarik mengenai Avon adalah kesemua produk yang ditawarkan adalah berkualiti tinggi dan dijual dalam harga yang amat berpatutan.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika anda boleh menemui stokis Avon di serata lokasi termasuklah di kampung-kampung. Ini kerana produk Avon juga dijual secara 'direct selling' sejak 1977 di Malaysia dan sehingga kini ia masih menjadi salah satu jenama yang paling terkenal serta dipercayai.

Avon menawarkan rangkaian produk nilai bijak untuk wanita yang ingin kelihatan cantik dengan menggunakan produk yang berkualiti, inovatif dengan harga yang berpatutan.

Selain memberi peluang kepada pengguna mendapat produk berkualiti dengan harga paling berpatutan, Avon membuka peluang kepada sesiapa ingin menjana pendapatan sebagai ajen atau wakil jualan.

Avon telah banyak memperkasa wanita di seluruh negara dengan menawarkan peluang pendapatan untuk merealisasikan impian mereka.

Sebagai wakil atau penjual produk  Avon anda mampu menentukan kehidupan anda. Anda bukan sahaja menguasai satu perniagaan yang baru malah gaya hidup yang lebih hebat.

Apabila anda menjadi wakil Avon, anda adalah bos anda sendiri. Anda menetapkan segala matlamat anda. Menerusi usaha dan semangat membara anda, anda mampu menetapkan segala matlamat anda. 

Anda boleh memulakan suatu perniagaan yang mempunyai suatu landasan kejayaan yang telah terbukti dinikmati oleh jutaan wanita (dan lelaki) di serata dunia.

Biarpun asalnya Avon ditubuhkan untuk memberi peluang kepada wanita dengan tema 'the company for women', ia sebenarnya turut membuka peluang untuk lelaki menyahut cabaran merebut peluang terbuka luas yang disediakan tanpa membezakan jantina.

Avon menawarkan anda kebebasan tanpa had. Tiada had atas kejayaan anda dari segi kewangan atau peribadi.

No comments:

Post a Comment