Saturday 7 January 2017

Cara berfikir penentu kejayaan

Permulaan kejayaan ialah apabila berfikir tentang kejayaan. Permulaan untuk berubah ialah berubah cara berfikir. Sebab itu penting mengamalkan pemikiran berasaskan intelektual yang membuka minda (akal) untuk merealisasikan impian kehidupan.

Bagi menggambarkan pentingnya akal kepada manusia, perkataan akal dalam al-Quran berulangan sebutannya sebanyak 49 kali yang kesemuanya mengarah manusia berfikir secara ‘berakal’.

Setiap Muslim perlu mencari kekuatan hidup dengan sentiasa menggunakan akal dan memahami tuntutan hidup seharian.

Firman Allah bermaksud: “Maka apakah kamu tidak menggunakan akal.” - (Surah al-Anam, ayat 32). Firman-Nya dalam surah Yasin ayat 68 bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memikirkannya?”

Kejayaan dicipta bergantung bagaimana cara kita berfikir dan melakukan apa yang terbaik. Minda perlu dibuka untuk perkara baru dan bersedia melakukan perkara luar biasa untuk kejayaan luar biasa.

Kita adalah apa yang kita fikirkan tentang diri kita. Amalkan sentiasa berkata boleh kepada kejayaan.

Kata seorang pujangga: “Orang yang berminda kecil membicarakan mengenai orang lain; orang yang berminda sederhana membicarakan mengenai peristiwa dan kejadian; dan orang yang berminda besar membicarakan mengenai idea dan keilmuan.”

Orang yang berminda kecil sebenarnya kurang menggunakan minda. Dia lebih kerap melakukan perkara rutin dan menerima apa sahaja apa yang dikatakan orang lain. Mereka tidak mahu berfikir lebih daripada itu dengan alasan tidak mahu ‘penat’ berfikir.

No comments:

Post a Comment