Wednesday 8 November 2017

Kenapa Melayu dihina

Mengapa Melayu dihina. Cuba kaji dan muhasabah diri secara jujur mengapa perkara ini berlaku.

Mengapa kaum lain sejak kebelakangan ini dengan mudah dan tidak ada homat kepada bangsa Melayu? Amat malang apabila orang Melayu sendiri menghina kedudukan Melayu.

Adakah ia ada kaitan dengan kedudukan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh orang Melayu dalam keadaan lemah?  Mungkinkah bangsa lain telah berasa mendapat sokongan dan bergabung dengan parti Melayu sebagai tiket untuk menyerang orang Melayu? 

Secara teorinya, musuh akan menyerang ketika melihat Melayu lemah. Dalam konteks Malaysia, Melayu dilihat lemah apabila bercakaran sesama sendiri. Lebih-lebih lagi apabila Melayu sendiri yang membuat sesuatu yang boleh mendatangkan kerugian kepada Melayu.

Di Malaysia, Melayu adalah Islam. Tafsiran Melayu sepertimana Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa 'Melayu' ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.

Sesiapa yang menghina Melayu bermakna telah menghina Islam yang mana Melayu itu mesti Islam. 

Sama juga dengan isu penghinaan terhadap Yang Dipertuan Agong dan Sultan-sultan adalah satu penghinaan yang jelas terhadap agama Islam kerana baginda adalah pelindung kesucian Islam di Malaysia.

Maka di sini, orang Melayu mesti bersatu tanpa mengira pegangan politik untuk mempertahan Islam yang kini diserang dari segenap sudut. 

Kita berasa sedih kerana ada di kalangan orang Melayu sendiri yang bersikap beradap terhadap Duli-duli Sultan dan institusi kesultanan Melayu.

Pada dasarnya, Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara berperanan sebagai ‘payung’ atau pelindung kepada seluruh rakyat Malaysia. Peranan sebagai Ketua Negara ini tidak boleh dipisahkan daripada persoalan mengenai keselamatan keseluruhan Persekutuan Malaysia.

Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan juga meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata bagi Malaysia.

Peranan institusi Raja dalam memayungi agama Islam di negara ini juga membuktikan bahawa institusi Raja di negara ini adalah bersifat fungsional, bukannya bersifat lambang atau boneka semata-mata.

Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam di negeri-negeri baginda, manakala bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua agama bagi negeri berkenaan.

Baginda akan dirujuk dan apa-apa perkara berkaitan agama Islam serta baginda berhak untuk menegur dan membetulkan yang mana yang perlu serta memberikan cadangan mengenai apa-apa perkara berkaitan pelaksanaan Islam di negara ini.

Fungsi baginda itu adalah selari dengan Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Raja-raja adalah Ketua Agama Islam dalam negeri naungan baginda yang mempunyai kuasa atas hal ehwal Islam.

Segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati oleh baginda sebagai ketua agama Islam tidak boleh dipersoal atau dipertikai.

No comments:

Post a Comment