Friday, 10 November 2017

POLITIK JAHAT HANCURKAN NEGARA


Malaysia negara berbilang kaum dan anutan agama. Suasana kehidupan rakyat amat unik dengan semangat saling menghormati dan harmoni. Namun, perkara itu semakin terhakis apabila wajud tangan-tangan ghaib cuba mengapi-apikan isu perkauman dan politik ekstrem.

Tanpa berbekalkan kepercayaan selagi perpaduan, keselamatan dan keharmonian negara dan rakyat tidak terpelihara, Malaysia tidak mungkin akan mengecapi kesejahteraan, keamanan dan kebahagiaan.

Keharmonian Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama “hampir dirosakkan” oleh segelintir ahli-ahli politik yang hanya mementingkan kuasa. Pengikut diajar untuk bersikap biadap kepada pemimpin dan sesiapa tidak sealiran dengan pemikiran mereka.

Jika duhulu mereka menghormati dan menyanjung seseorang pemimpin, tetapi bertukar sebaliknya apabila menyertai parti lain. Pemimpin yang pernah dipandang mulia itu telah dihina dan dikeji sebagai orang paling 'hina' dan 'bodoh' atas muka bumi ini.

Itulah politik kebencian dan cara menghalalkan matlamat yang wujud di negara kita sekarang ini. Rata-rata yang melakukan perbuatan itu adalah pengikut golongan muda yang menjadi tentera di alam maya.

Generasi dahulu dibesarkan untuk melihat lebih daripada soal kaum dan agama. Semangat cintakan negera menebal dan utuh di dalam setiap sanubari rakyat.

Sebaliknya, wujudnya ahli politik "jahat" telah mencipta perbalahan di kalangan generasi muda. Malaysia bakal hancur jika politik kebencian terus disuburkan di minda rakyat Malaysia.

Belajarlah mengamalkan politik matang yang bersandarkan kepada kebijaksanaan dan penelitian yang telus dan minda terbuka. Jangan terperangkap dengan pemikiran jumud dan perasaan marah tidak terkawal. Syaitan mudah menguasai minda orang sedang marah sehingga fungsi otak gagal berfungsi.

No comments:

Post a Comment