Sesungguhnya Islam itu bersaudara dan dikehendaki mengeratkan
perpaduan serta diharamkan memutuskannya. Setiap mukmin mestilah saling
tolong-menolong dalam segala hal yang mendorong kebaikan umat, kemaslahatan dan
kebahagiaan bersama. Memutuskan silatulrahim termasuk dalam perkara pembalasan
dosa besar di sisi Allah SWT.
Mukmin yang bertamadun adalah mereka yang berjaya mentadbir, mengurus dan mengembangkan kehidupannya. Justeru keteguhan dan keutuhan masyarakat bergantung kepada pengurusan kemantapan ekonomi, kestabilan politik, kesejahteraan sosial dan yang terpenting ialah perpaduan di kalangan anggotanya, saling tolong-menolong dan berhubung rapat antara satu sama lain.
Ingatlah,
bahawa kejayaan dan kecemerlangan sesebuah negara terletak kepada perpaduan di
kalangan rakyatnya. Begitu juga sebaliknya, perpecahan adalah punca kejatuhan
dan kemusnahan.
Sehubungan dengan itu, asas-asas kepada perpaduan mestilah dijana dengan pelbagai gerakan ke arah perpaduan, perlu dirintis supaya hasrat untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan.
Sebenarnya keutuhan perpaduan sesama masyarakat Islam tidak akan tercapai, kecuali selepas terlaksana beberapa prinsip asas seperti tolong-menolong dalam menggalakkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia dimantapkan lagi melalui aspek moral yang baik, berakhlak mulia seperti sayang-menyayangi, bersikap toleransi dan lain-lain lagi.
Dalam menjalinkan hubungan baik antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam pula, model negara Islam Madinah pimpinan Rasulullah SAW hendaklah dijadikan contoh. Sebagaimana pada awal-awal hijrah, orang-orang Islam merupakan golongan minoriti berbanding berbanding dengan penganut Kristian dan Yahudi yang mendominasi Madinah ketika itu.
Namun melalui penonjolan akhlak dan moral yang terpancar dalam bentuk teori dan praktikal, ditambah dengan keadilan pemerintahan dan pengurusanIslam yang disesuaikan dengan masyarakat majmuk ketika itu, maka tertegak akhirnya sebuah negara tang kuat, aman dan damai, bersatu padu di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW.
Pendekatan ini diperkukuhkan melalui tindakan, seperti pembinaan masjid sebagai institusi sosial. Masjid Nabawi dan Masjid Quba adalah model institusi terawal Islam dalam menjana perpaduan.
Masjid bukan setakat berfungsi sebagai tempat menunaikan solat semata-mata, malah berperanan sebagai lokasi strategik untuk baginda menyusun dan membentuk masyarakatnya, membangunkan aqidah umat Islam, melaksanakan urusan syariah dan menjalinkan hubungan sesama rakyat melalui akhlak yang mulia.
Nabi Muhammad SAW juga mengambil langkah mempersaudarakan umat Islam menerusi ikatan ukhwah sesama Islam. Kaum Aus dan Khuzraj yang sekian lama bersengketa telah telah berjaya didamaikan.
Persefahaman ini mampu dipatuhi oleh semua ahli masyarakat tanpa membezakan kaum, bangsa dan agama. Sama-sama berganding bahu mentaatainya sebagai langkah membentuk kesatuan ummah dan perpaduan kaum di Madinah.
Rasulullah SAW memperteguhkan kewajipan memelihara hubungan persaudaraan yang menjana kepada perpaduan dan kesatuan ummah. Ini terbukti apabila Baginda ditanya oleh seorang sahabat tentang amalan dapat memasukkan ke syurga.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Engkau beribadah kepada Allah dan tidak menasyrikkannya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat dan menghubungkan persaudaraan."
Perpaduan dalam Islam bukan sekadar hubungan baik sesama orang Islam sahaja, malah merangkumi kepada kaum bukan Islam jua. Sejarah di zaman Rasulullah SAW mencatatkan bahawa masyarakat Yahudi dan Kristian ketika itu hidup aman dan damai di Madinatul Munawwarah, kerana hak mereka tidak dicerobohi oleh umat Islam.
Kesan keadilan Islam inilah, kelompok Islam yang awalnya minoriti menjadi majoriti apabila kaum bukan Islam beramai-ramai menganuti Islam kerana tertarik hati dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh umat Islam yang terserlah melalui akhlak dan perlakuan terpuji penganut-penganutnya.

Keamanan merupakan
hak seluruh warga dunia. Piagam dan cita-cita inginkan keamanan dipegang oleh
semua agama dan masyarakat bertamadun. Tidak ada manusia berfikiran waras
inginkan kepada suasana tidak aman. Tindakan melancarkan peperangan, pembunuhan
dan kekerasan hanya dilakukan manusia zaman kuno untuk merebut sesuatu
dikehendaki.
Sesungguhnya Islam
merupakan agama keamanan dan kesejahteraan. Islam menolak sebarang bentuk
kekacauan dan keganasan. Seluruh umat Islam perlu menghayati erti persaudaraan
sama ada sesama Islam, maupun dengan penganut agama lain.
Ajaran Islam tetap
satu dan sama, biarpun dianuti pelbagai bangsa, warna kulit dan negara. Risalah
dibawa Islam tidak membezakan bangsa dan warna kulit. Siapa berpegang kepada
ajaran Islam dan benar-benar beriman kepada Allah, maka dia berhak mendapat
kemuliaan di sisi Allah.
Firman Allah
bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang
lelaki dan seorang perempuan; dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak
supaya kamu kenal mengenali antara satu sama lain. Yang lebih mulia di kalangan
kamu di sisi Allah ialah yang paling takwa.” - (Surah al-Hujurat, ayat 13).
Justeru itu tiada
individu, kumpulan atau bangsa boleh mengaku lebih mulia dan berkuasa
berbanding yang lain. Biapun dari bangsa berkuasa, warna kulit menarik,
keturunan berdarjat, mewah dengan kekayaan dan ditakuti pihak lain, itu
semuanya tiada bezanya di sisi Allah.
Rasulullah bersabda
bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta benda
kamu, tetapi Allah hanya melihat kepada hati dan amalan kamu.” - (Hadis riwayat
Bukhari).
Islam melarang
sebarang perpecahan, biarpun nampak kecil.
Perpecahan kecil yang tidak dikawal akan mengakibatkan perpecahan lebih
serius. Justeru itu, jangan memandang mudah kepada bibit-bibit perpecahan.
Sebab itu Islam
mengharamkan perbuatan berselisih faham, biarpun sekadar tidak bertegur sapa
atau memalingkan muka melebihi tiga hari. Had tiga hari itu memberi peluang
kepada individu yang berselisih faham memikirkan kesannya, mententeramkan
fikiran dan mencari titik penyelesaian.
Sabda Rasulullah
bermaksud: “Tidak halal bagi Muslim meninggalkan saudara Muslim yang lain lebih
dari tiga hari, (di mana) keduanya berjumpa lalu yang seorang memalingkan
dirinya dari yang lain.” - (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim).
Ini membuktikan Islam
amat mementingkan ikatan persaudaraan dan menghalang sama sekali sebarang
perpecahan. Biarpun perbuatan memaling muka dan tidak bertegur sapa sekadar
‘perang dingin’, ia tetap ditegah. Perbuatan tersebut akan merenggamkan dan
lebih teruk lagi memutuskan tali persaudaraan.
Gambaran daripada
hadis tersebut dapat menjelaskan perbuatan pulau memulau, melancarkan tindakan
ganas, tidak mengaku seagama dan menyelar dengan kata-kata tidak baik, tentulah
amat dilarang sama sekali.
Islam mementingkan
perpaduan dan kerjasama erat bagi menjamin kekuatan ummah. Ummah yang kuat akan
digerumi oleh musuh-musuh Islam. Sebaliknya, keadaan ummah yang kucar kacir
memberi peluang musuh untuk mengambil
kesempatan memusnahkannya dengan pelbagai cara.
No comments:
Post a Comment