Kejadian
sumbang mahram menimbulkan ketakutan yang menggugat keamanan dalam institusi
keluarga. Fenomena ini memperlihatkan wujudnya kecacatan dalam keluarga di
mana hilang kasih sayang.
Lelaki dalam
keluarga yang sepatutnya menjaga keselamatan, kehormatan, maruah dan
masa depan ahli keluarga perempuan tidak boleh lagi diharapkan.
Berdasarkan
situasi sekarang, seperti tidak ada siapa lagi boleh dipercayai. Justeru,
pendekatan jangan terlalu percayakan kepada lelaki mula wujud dalam diri
sesetengah gadis.
Seseorang
bergelar bapa, tidak kira bapa kandung atau bapa tiri, sepatutnya menjadi orang
paling bertanggungjawab terhadap anak gadisnya.
Bapa sepatutnya
sanggup melakukan apa sahaja, hatta mengadaikan nyawa demi keselamatan dan
maruah anak gadisnya.
Sesungguhnya,
perbuatan bapa merogol anak adalah jenayah terkeji yang mengubah pandangan umum
terhadap kedudukan bapa.
Perbuatan itu
yang dilakukan sebilangan kecil bapa durjana telah mencemar kemuliaan bapa pada
pandangan seorang anak perempuan.
Rogol mahram
turut melibatkan abang, abang tiri, adik, adik tiri, bapa saudara, abang atau
adik ipar dan datuk.
Kejadian
rogol mahram memperlihatkan kerakusan nafsu serakah tanpa mengenal
mangsanya. Apabila nafsu tidak dikawal, akal fikiran tidak berfungsi
lagi untuk membezakan baik dan buruk.
Ketika
keinginan seks memuncak, soal halal haram tidak menjadi pertimbangan
lagi. Malah, mereka tidak kisah lagi kemungkinan dikenakan tindakan
undang-undang yang berat.
Anak gadis
dinodai mahram terpaksa melalui masa depan yang gelap. Pengalaman
ngeri itu bertukar kepada pelbagai situasi dan kesan yang berkekalan.
Mereka
memberontak sehingga tidak memperdulikan nasib diri sendiri. Mereka
hidup dalam keadaan tertekan dan memilih hidup bersendirian, pemarah,
pendendam, pendiam dan mengalami penderitaan hidup.
Banyak mangsa
di peringkat usia kanak-kanak tidak memahami takrif jenayah yang telah
dilakukan terhadap mereka. Penjenayah bijak menggunakan kejahilan
mangsa untuk menuntup perbuatan yang dilakukan.
Biasanya,
perogol mahram melakukan perbuatan terkutut itu berulang-ulang
kali. Mangsa tidak berani memberi tahu orang lain.
Nasib malang
itu biasanya terbongkar apabila dirinya mengandung, mengalami kecederaan
fizikal atau perubahan sikap yang ketara yang disedari orang lain.
No comments:
Post a Comment