Tanah Melayu antara lokasi yang menjadi medan peperangan
ketika Perang Dunia Kedua. Serangan terhadap Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 menandakan
bermulanya Kempen Perang Dunia Kedua yang melibatkan Kuasa Paksi dan Kuasa
Berikat.
Kuasa Paksi adalah gabungan kuasa ketenteraan melibatkan Jerman, Itali dan Jepun. Makanaka Kuasa Berikat pula terdiri British, Amerika Syarikat dan beberapa buah negara lain.
Tanah Melayu menjadi pilihan Jepun disebabkan dasar Asia Raya yang dilaungkan oleh Jepun, yakni Asia Untuk Orang Asia. Jepun berusaha membebaskan negara-negara di Asia daripada penjajahan Barat. Tanah Melayu yang berada di tangan British diberi keutamaan untuk dibebaskan. Tambahan, British adalah pihak lawan dalam Pihak Berikat.
Negara Thailand yang tidak dijajah oleh mana-mana kuasa tidak diserang oleh Jepun. Sebab lain, Thailand memberi kerjasama membenarkan kawasan negaranya dijadikan laluan untuk Jepun menyerang Tanah Melayu.
Tentera Jepun mendarat di Patani dan Singgora (Songkala) di Selatan Thailand, sebelum mara menyerang ke utara Tanah Melayu meliputi Perlis dan Kedah, seterusnya bergerak ke selatan.
Manakala itu, negeri Kelantan tercatat dalam sejarah sebagai tempat pertama meletusnya Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu, bahkan juga di dunia. Pertempuran di Kelantan adalah kira-kira 95 minit lebih awal daripada pertempuran di pangkalan angkatan laut Amerika Syarikat di Pasifik, iaitu Pangkalan Pearl Harbour di Kepulauan Hawai.
Kenyataan menyatakan Pearl Harbour terlebih dahulu dibom berbanding Kota Bharu ada berdasarkan waktu tempatan di sana, iaitu 8.00 pagi pada 7 Disember 1941. Sedangkan sebenarnya jika waktu itu “disamakan”, peperangan yang meletus di Kota Bharu adalah lebih awal.
Pantai Pak Amat atau kini lebih dikenali Pantai Sabak dan sekitar kawasan Pulau Panjang merupakan tempat pertama pendaratan tentera Jepun di Tanah Melayu dan menjadi medan pertempuran yang amat dahsyat.
Tentera Jepun mula menyerang dan mendarat di Pantai Sabak pada 8 Disember 1941, kira-kira jam pukul 1.15 pagi. Seramai 5,300 orang tentera Jepun yang dikenali Detasemen Takumi yang dipimpin Mejer Jeneral Takumi terlibat dalam serangan tersebut.

Detasemen tersebut terdiri Rejimen Ke 56 Infantri, satu
bateri meriam, dua laras meriam tembak cepat, satu bateri meriam antipesawat,
satu kompeni jurutera, satu seksyen semboyan dan satu seksyen bantuan
perubatan. Detasemen tersebut turut dilengkapkan dengan satu hospital medan.
Detasemen Takumi adalah sebahagian kekuatan daripada
Ketumbukan ke 25 pimpinan Leftenan Jeneral Yamashita yang dipertanggungjawabkan
untuk menakluki Malaya.

No comments:
Post a Comment