Saturday, 9 March 2019

SEJARAH BULATAN KIJANG KAMPUNG SIREH

Bulatan Kijang menjadi mercu tanda jalan dari bandar Kota Bharu menuju memasuki Jambatan Sultan Yahya Petra yang merentasi Sungai Kelantan ke tebing sebelah barat.

Bulatan itu dikenali Bulatan Kijang Nyembur kerana di tengah-tengahnya terdapat kolam yang terdapat lapan replika kijang di tepinya memancutkan air daripada mulut.

Lapan replika ekor kijang itu dikatakan mewakili 8 jajahan (daerah) yang terdapat di Kelantan ketika itu.

Kijang adalah lambang Kerajaan Kelantan yang dikatakan menjadi haiwan peliharaan Cik Siti Wan Kembang, raja pemerintah Kelantan pada zaman dahulu.

Bulatan Kijang Nyembur menjadi lokasi istirahat golongan muda. Biarpun kawasan agak terhad, namun ia tetap menjadi tumpuan pada waktu petang.

Replika atau patung kijang itu telah dibuang pada tahun 1990 apabila Kelantan diperintah oleh PAS. Bulatan itu masih dikekalkan sehinggalah sekitar tahun 2000 apabila bulatan itu digantikan dengan simpang empat berlampu isyarat.

Bekas Bulatan Kijang Nyembur kini menjadi simpang empat menemukan Jalan Hamzah (dari Wakaf Siku sehingga tebing Sungai Kelantan), Jalan Zainal Abidin dan Jalan Pintu Geng. Terdapat jalan bertingkat di atas Jalan Hamzah merentasi simpang empat ini.  

No comments:

Post a Comment