Peribahasa
panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. Peribahasa lain yang membawa maksud
sama ialah hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.
Maksud
kedua-dua peribahasa di atas ialah kebaikan yang telah lama dan banyak kali dilakukan
rosak disebabkan sekali kesilapan yang dilakukan.
Orang
akan lebih melihat keburukan yang dilakukan berbanding kebaikan yang telah dilakukan.
Hakikatnya kehidupan manusia tidak dapat lari daripada melakukan
kesalahan. Sebab itu disuruh bertaubat dan memohon maaf.
Namun, manusia yang berasa dirinya terlalu baik tidak akan menerima
permohonan maaf pihak lain. Sekali kesalahan orang lain akan dibesar-besarkan biarpun
orang itu sudah banyak berjaya.
Peliknya, orang yang berasa dirinya terlalu baik itu sebenarnya
lebih banyak melakukan keburukan dan teramat sendikit melakukan kebaikan.
Justeru biasa-biasakan muhasabah diri sendiri sebelum menilai
orang lain.
No comments:
Post a Comment