Sagu digunakan untuk membuat kuih. Sagu dihasilkan dari hati
atau bahagian tengah batang pokok palma seperti batang pokok kabung dan pokok
rumbia.
Dengan kata lain, sagu tidak dihasilkan dari pokok yang
bernama sagu. Biarpun sagu boleh dihasilkan dari beberapa jenis pokok palma,
namun jenis yang paling banyak menghasilkan sagu ialah dari pokok rumbia yang banyak
terdapat di Sarawak.
Disebabkan pokok rumbia menghasilkan sagu, maka banyak orang menamakan
pokok rumbia sebagai pokok sagu.
Pokok sagu di Sarawak juga dipanggil pokok mulong. Terdapat
ulat yang hidup di dalam batang pokok mulong yang dipanggil ulat mulong atau
ulat sagu. Ulat sagu menjadi hidangan lazat masyarakat di Sarawak. Ia halal
dimakan oleh orang Islam.
Proses menghasilkan sagu bermula dari menebang pokok rumbia,
memotong batang, direndam dalam air sungai, membuang kulit luar, memarut,
memerah dan mengasingkan pati dan hampas dan seterusnya pengeringan.
Sagu yang 'siap' biasanya dalam bentuk biji dan serbuk. Sagu menjadi
makanan ruji bagi penduduk di kawasan tertentu di Sarawak menggantikan beras.
No comments:
Post a Comment