Thursday, 23 May 2019

AK 7: AKSB TERIMA ANUGERAH

Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) pernah dianugerahkan Largest Groundwater Operator yang disahkan oleh The Malaysia Book Of Records pada 20 November 2018.

Rekod itu satu pengiktirafan mengenai operasi AKSB yang menggunakan sumber air bawah tanah sebagai bahan mentah sebelum diproses menjadi sumber air bersih sebelum disalurkan kepada pengguna.

Sumber air disedut dari dalam tanah menggunakan telaga jeriji yang dibina. Sumber air bawah tanah lebih bersih dan bebas daripada pencemaran berbanding menggunakan sumber air mentah dari sungai.

Dengan kata lain, kos untuk merawat sumber air bawah tanah lebih murah dan mudah. Tambahan lagi menggunakan teknologi ozon tanpa mengguna bahan kimia. Penggunaan teknologi ozon boleh menjimatkan kira-kira 80 peratus kos rawatan air.

Ini bermakna kos peghasilan air bersih oleh AKSB adalah lebih murah dan berjalan lancar. Namun, persoalannya, mengapakah operasi AKSB berdepan dengan pelbagai masalah?

Adakah masalah ini berpunca akibat AKSB dikendalikan oleh mereka yang tidak pakar dalam bidang operasi pengendali air terawat? Kalau begitu, elok pengurusan AKSB ditukar dengan mereka yang lebih mampu melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Atau, adakah kegagalan AKSB berpunca permainan politik oleh pihak tertentu? Jika itu sebabnya, pemimpin negeri perlu menghentikan permainan politik dalam pengurusan AKSB agar rakyat tidak lagi terbeban dengan masalah gangguan bekalan air yang telah berlarutan puluhan tahun.

No comments:

Post a Comment