Friday, 14 June 2019

AKIBAT BANGGA MENDEDAHKAN AIB DIRI SENDIRI


Pengakuan melakukan perbuatan dosa dan disebarkan kepada pengetahuan umum adalah perbuatan paling tidak bermoral. Perbuatan itu bermakna melakukan dua dosa. Pertama berkaitan perbuatan dosa yang dilakukan dan keduanya dosa mendedahkan aib diri sendiri.

Kita ditegah membuka aib orang lain, dan tentunya lebih-lebih lagi aib diri sendiri. Sesiapa membuka aib sendiri seolah-olah berbangga melakukan perbuatan dosa itu.

Cukuplah dengan melakukan dosa kerana manusia tidak terlepas melakukan dosa. Namun, jika mendedahkan perbuatan dosa dan aib sendiri, itu sudah tidak bersyukur dengan Allah yang telah menutup aibnya.

Sabda Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali orang-orang menampak-nampakkannya dan sesungguhnya di antara menampak-nampakkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan amalan di waktu malam sementara Allah telah menutupinya kemudian di waktu pagi dia berkata: 'Wahai fulan semalam aku telah melakukan ini dan itu, ' padahal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah" (Hadis riwayat Bukhari)

Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk tidak melakukan dosa. Jika telah terlanjur melakukan dosa, bersegeralah bertaubat dan janganlah perbuatan dosa dan aib itu didedahkan kepada orang lain.

Pelaku dosa sepatutnya bersungguh-sungguh menutup aib, dan bukannya bersungguh-sunggah dengan bangganya mengaku dan mendedahkan aib itu.

No comments:

Post a Comment