Saturday 3 August 2019

KENA TINGGALKAN RUMAH BAHARU DIBINA


Rumah yang kekal adalah di akhirat. Rumah di dunia biarpun besar dan amat kita sayang akan ditinggalkan untuk diwarisakan oleh ahli keluarga.

Biarpun rumah kita di dunia ini menggunakan wang yang dikumpul berpuluh tahun, tidak pula bermakna kita boleh tinggal lama di rumah itu.

Ada yang membeli atau membina rumah, belum sempat tinggal di situ, ajal menjemput pergi. Itu tidak termasuk lagi yang baru tinggal setahun dua di rumah baru, terus maut menjemput.

Kalau kita boleh berusaha habis-habisan untuk menyiapkan rumah di dunia yang bila-bila masa sahaja akan ditinggalkan, mengapa pula kita tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membina rumah yang terbaik di akhirat nanti.

Rumah di akhirat tidak memerlukan wang untuk membinanya. Rumah diakhirat akan ditentukan oleh pahala dosa amalan dilakukan di dunia ini.

Jika pahala lebih banyak dilakukan, maka rumah di akhirat akan berada di syurga. Sebaliknya, jika banyak dosa yang dibawa pergi, maka nerakalah tempatnya.

Berusahalah mengumpulkan pahala sebanyak mungkin. Ia bukan sahaja untuk membolehkan mendapat rumah di syurga, tetapi juga menentukan jenis rumah yang akan didiami di syurga.

Syurga itu banyak tingkat. Setiap tingkat dibezakan mengikut banyak mana pahala yang dibawa. Maka berusahalah mengumpul banyak pahala dan mengurangkan dosa.

Jumlah dosa kurang apabila tidak melakukan perkara ditegah. Jika telah terlanjur melakukan dosa, bertaubatlah untuk menghapuskan dosa itu.

Dosa yang telah diampunkan tidak lagi akan dibawa ke akhirat. Ambillah peluang untuk bertaubat. Perbanyakkan taubat dan bersihkan diri daripada dosa.

Jika rumah di dunia boleh kita tukar, ubah suai atau bina yang lain, tetapi tidak di akhirat. Justeru, berusahalah bersungguh-sungguh agar mendapat rumah terbaik di akhirat yang kekal selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment