Sunday 4 August 2019

PENUHI PERMINTAAN PEMBELI


Untuk mendapat kepercayaan pelanggan, satu perkara yang perlu diutamakan ialah memenuhi apa yang mereka inginkan. Jika produk itu tidak ada dalam simpanan, cuba dapatkan segera untuk mereka.

Memang, kadang-kadang bukan senang untuk kita mendapatkan stok tertentu. Kalau tidak bernasib baik, produk yang dicari itu harganya lebih tinggi daripada apa yang telah kita janji dengan pembeli.

Dalam hal tertentu, harga yang tinggi itu boleh kita bincang dengan pembeli agar harga yang perlu bayar lebih daripada apa yang dimaklumkn sebelum itu. Biasanya, pembeli boleh menerima alasan mengapa perlu membayar harga baru yang lebih tinggi.

Tetapi, dalam urusniaga online yang biasanya pembeli telah membuat bayaran dan mengikut apa telah ditetapkan oleh 'sistem' di platform yang kita pasarkan produk, harga sukar untuk diubah.

Biarpun, penjual boleh membatalkan tempahan dan wang dipulangkan kepada pembeli, ada implikasi negatif akan berlaku.

Justeru, penjual mempunyai pilihan meneruskan penghantaran produk yang diperoleh dengan harga lebih tinggi berbanding biasa, atau membatalkan pesanan itu.

Namun, bagi peniaga yang mempunyai wawasan dan ada sasaran ingin dicapai, mereka memilih untuk menghantar produk yang diingini pembeli biarpun untung diperoleh kurang atau mungkin sedikit rugi.

Hubungan antara penjual dengan pembeli perlu berlangsung baik agar kedua-dua pihak mendapat kebaikan daripada urusniaga yang dijalankan.


No comments:

Post a Comment