Siswazah
berkenaan, sambil berjalan turun ke bawah pentas sempat berhenti sebentar,
membuka plakad dan melaungkan: “Tolak rasis. Undur VC. Ini Tanah Malaysia”.
Budaya
apakah yang ingin dihidupkan oleh siswazah itu? Di atas pentas majlis
konokesyen yang sepatutnya berjalan dengan tertib dan penuh kesyukuran, telah
menjadi pentas tunjuk lagak. Langsung tidak menghormati orang lain.
Inilah
budaya Malaysia Baharu. Budaya tunjuk keras kepala dan tidak menghormati budaya
masyarakat timur yang penuh sopan santun.
Jika
budaya ini tidak bendung, ia akan mencetuskan masalah hubungan kaum kerana yang
melakukan perbuatan itu sebenarnya turut mencabar kewarasan kaum lain untuk
bertindak balas.
Biarpun
tidak dinafikan perbuatan siswazah itu tiada kaitan dengan kaum, ia sedikit
sebanyak akan membawa persepsi bahawa ia dilakukan oleh kaum tertentu
disebabkan sudah berasa sedikit berkuasa dan ingin menunjukkan kuasa yang
sedikit itu.
Perlu
diingat, jika individu itu berasa dia mempunyai 'hak' untuk melakukan atas
dasar kebebasan, maka orang lain juga mengaku melakukan atas dasar kebebasan.
Jangan
cepat berasa besar kepala dan mula menunjukkan keangkuhan kerana sesuatu yang
dikaitkan dengan kaum dan maruah mudah mencetuskan rasa 'gila' dan 'amuk' yang
tidak tertahan di dalam diri.
Malaysia
Baharu sepatutnya membentuk masyarakat lebih menghormati dan sopan santun,
bukan sikap angkuh sehingga berani mencabar ketertiban budaya.
Malah,
sekarang ini pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat dalam menghormati
undang-undang untuk menjaga keamanan, secara terang-terang mencabar dan mempersoalkan
tindakan pihak berkuasa.
Di
mana prinsip Rukun Negara 'Kedaulatan undang-undang' dan 'Kesopanan dan kesusilaan'
yang perlu diamalkan? Jika tidak mahu ikut prinsip Rukun Negara, baik jangan jadi
rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment