Malam
ini malam raya. Tamat sudah ibadat puasa sepanjang Ramadan. Selepas azan Maghrib
tadi, bermakna sudah masuk 1 Syawal. Dalam kalendar Islam, permulaan hari
baharu atau tarikh baharu adalah apabila masuk waktu Maghirb.
Seperti
biasa, malam raya ramai orang bertakbir. Di TV 1 ada program Gema Takbir. Di
siaran TV lain pun tidak kurang gema takbir biarpun kini masih dalam Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Raya tetap raya. Takbir perlu dilafazkan
menzahirkan perasaan gembira dan rasa syukur dapat melaksanakan ibadat puasa.
Bagi
ambo, malam raya ini masih seperti malam-malam sebelumnya. Salah satu tugas
yang wajib dilaksanakan ialah punggah air. Hari ini sudah 30 tong diisi.
Selepas ini sebelum tidur, perlu isi 15 tong lagi. Setiap tong mengisi lima
liter air.
Suka
atau tidak, itulah rutin yang perlu dilakukan sejak akhir Januari 2020. Ini bermakna
sudah empat bulan setiap hari perlu punggah air. Jumlah hari telah lebih 120
hari. Ini sudah pecah rekod tahun lepas yang jumlahnya 66 hari secara
berterusan.
Tugas
punggah air ini bukan normal baharu, tetapi budaya yang perlu diteruskan demi
menenuhi keperluan.
Ketika
mengisi tong dari tangki statik tadi, ada jiran memberitahu seorang jiran yang
baharu tinggal sebulan di rumah sewa bersetentang dengan rumahnya, telah berpindah
kerana tidak tahan kena punggah air setiap hari.
Oh...
patutlah sudah dua tiga hari tidak bersama-sama memunggah air dengan jiran
sekampung yang tidak sempat diketahui namanya itu. Rupanya dia telah berpindah.
Setakat
ini untuk catatan malam ini. Hendak pergi punggah air sekali lagi. Selamat
Aidilfitri. "taqaballahu minna wa minkum"
No comments:
Post a Comment