Setiap
yang melakukan dosa tidak tidak kira kecil atau besar akan dicatatkan dan bakal
menerima balasan setimpal di akhirat. Namun, kesalahan dosa itu akan terhapus
di dalam catatan amalan jika pelakunya bertaubat atau memohon ampun daripada
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Namun,
ada dosa yang sukar untuk dihapuskan dalam catatan amalan, iaitu dosa berkaitan
dengan orang lain. Contohnya dosa mengumpat.
Mengumpat
atau umpatan adalah kata-kata bermaksud untuk menodai nama orang lain yang
boleh merugikan atau mendatangkan kesan buruk kepada orang berkenaan.
Rasulullah
SAW menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabda yang bermaksud: “Mengumpat itu
ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang
dibencinya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dosa
mengumpat bukan saja besar, tetapi antara dosa yang tidak diampunkan oleh Allah
SWT biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Perkara ini sepatutnya
menyebabkan kita berfikir banyak kali jika ingin mengumpat.
Dosa
mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang diumpat. Maknanya, Allah SWT
menerima taubat dosa mengumpat bergantung kepada kesediaan orang diumpat
mengampunkan perbuatan itu.
Selagi
orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima
pembalasan di akhirat.
Jadi,
orang soleh yang terlanjur mengumpat akan kekal menanggung dosa itu sehingga ke
akhirat biarpun dia telah berulang kali bertaubat. Sedangkan dosa-dosa lain
boleh terhapus melalui taubat.
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu
lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia
bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan
umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis
riwayat Ibnu Dunya dan Ibnu Habban)
Berhati-hatilah
dengan kesalahan mengumpat. Orang yang kita umpat dan keji kerana melakukan sesuatu
kesalahan apabila dia bertaubat akan diampunkan dosanya, sedangkan kita yang
berasa diri baik pula terus menanggung dosa mengumpat selagi orang yang diumpat
itu tidak memaafkan.
No comments:
Post a Comment