Kenapa
mesti berlawak dengan buat orang lain berasa malu dan hina? Tidak baik persenda
orang lain, tambah lagi depan orang ramai.
Ada orang mempunyai tabiat
buruk suka persenda personaliti seseorang, seperti kepala botak, perut buncit
atau bagaimana orang itu berjalan. Ini satu perbuatan tidak manis atau bolehlah
juga dianggap satu kelakuan biadab. Kalau orang dewasa berkelakuan sebegini,
kemungkinan kanak-kanak pun boleh terikut.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Bukanlah seorang mukmin itu seorang yang suka mencela, tidak pula
seseorang yang suka melaknat, bukan seorang yang keji dan kotor
ucapannya." (Hadis riwayat Bukhari).
Keadaan sebegini begitu
terpapar di kaca televisyen, di mana dengan tujuan untuk mencapai peratus
populariti yang tinggi, program sitkom televisyen menggunakan strategi ini.
Mungkin boleh dilupakan sahaja
jika ianya berlaku sekali dua. Tapi bila tabiat mempersendakan atau perlekeh
orang lain menjadi terlampau kerap hingga bertukar kepada satu budaya, ia boleh
menjadi satu perkara yang amat memualkan.
Sudah sampai masanya dihentikan
tabiat mempersenda atau memalukan orang lain hanya semata-mata untuk satu situasi
kelakar.
Bila ini berlaku, ia bukan satu
jenaka lagi. Ia menjadi satu kebosanan sehingga menjemukan bila kita tengok dan
dengar pelakon komedi membuat jenaka di kaca televisyen.
Ini memanglah tidak wajar. Niat
asalnya memang baik, iaitu hanya untuk mendapat gelak ketawa. Tapi ia boleh
bertukar menjadi sensitif, lebih-lebih lagi dalam satu negara yang mempunyai
rakyat berbilang kaum.
Bagaimana nak capai toleransi
bila kita asyik mempersendakan cara orang dari kaum lain bertutur bahasa kita.
Ini tidak betul. Kita mesti hentikan senda gurauan yang tidak sihat ini.
Seakan menjadi satu trend pula
sejak kebelakangan ini apabila satu demi satu aksi meniru gaya seseorang dengan
tujuan untuk berlawak. Aksi berkenaan lebih popular dengan istilah parodi.
Parodi atau parody dalam bahasa
Inggeris, ungkapan berasal daripada perkataan Greek, parodia, turut memberikan
kesan tersendiri selain daripada tujuan hiburan.
Aksi parodi yang dilakukan terhadap penyanyi atau selebriti, contohnya, diakui berperanan sebagai ejen promosi yang baik dan mampu membantu kerjaya seseorang artis.
Aksi parodi yang dilakukan terhadap penyanyi atau selebriti, contohnya, diakui berperanan sebagai ejen promosi yang baik dan mampu membantu kerjaya seseorang artis.
Bagaimanapun, parodi tidak perlu berlebih-lebih dan mesti mempunyai
batasan. Aksi yang dilakukan tidak perlu keterlaluan atau bersifat sinis kerana
ia hanya menyebabkan pihak yang dijadikan bahan lawak tidak selesa dan boleh
menimbulkan pertelagahan.
Menyatakan keburukan oang lain
boleh dianggap sebagai perbuatan mengumpat. Dosa mengumpat dikira dosa besar.
Jadi, berhati-hati agar kita tidak melakukan kesalahan mengumpat.
Cari atau lakukan perbuatan lain yang lebih sesuai untuk bergembira yang terhindar perbuatan dosa dan boleh mencetusakan keadaan tidak baik.
Cari atau lakukan perbuatan lain yang lebih sesuai untuk bergembira yang terhindar perbuatan dosa dan boleh mencetusakan keadaan tidak baik.
Tentu sekali kita tidak mahu
orang lain menghina, perli, merendahkan martabat dan memainkan sifat atau
fizikal kita. Jadi sebagai permulaan kita dahulu tidak melakukan perbuatan itu.
No comments:
Post a Comment