Golongan menjadi penjaga
atau memegang kunci Kaabah amat disegani dan dihormati. Oleh itu, sejarah telah
mencatatkan pernah berlaku perselisihan dan rebutan bagi memegang kunci Kaabah.
Kaabah dibangunkan oleh Nabi
Ibrahim dengan dibantu anaknya Nabi Ismail. Penjaga pertama adalah Nabi Ismail
kerana Nabi Ibrahim tidak tinggal di Makkah. Ia kemudian dijaga oleh anak Nabi
Ismail, Thabit, diikuti Mudad bin Amrul Jurhumi dan datuk Thabit sebelah
ibunya.
Kaabah kemudian dijaga oleh
puak Jurhum, puak Khuzanah, Qusai bin Kilab dan seterusnya dipegang oleh
keturunan Bani Syaibah turun temurun hingga hari ini.
Mengikut catatan sejarah, Qusai
bin Kilab iaitu moyang Rasulullah SAW yang hidup ketika zaman Khuzaah. Beliau
menguasai Makkah dan hak sebagai penjaga Makkah adalah di tangan mereka.
Qusai amat dihormati
pengikutnya daripada orang Quraiys iaitu keturunan Nabi Ismail. Qusai berkahwin
dengan seorang gadis daripada puak Khuzaah, iaitu anak kepada pemegang kunci
Kaabah ketika itu. Sebelum meninggal dunia, beliau mewasiatkan supaya kunci itu
diserahkan kepada anaknya, iaitu isteri Qusai. Namun permintaan itu ditolak
kerana beliau seorang perempuan.
Kunci itu sebaliknya diserahkan
kepada seorang lelaki daripada puak Khuzaah bernama Abu Ghubshan, seorang kaki
arak.
Ketika dalam keadaan mabuk, Abu
Ghubshan menjual anak kunci itu kepada kaum Quraiys sebagai pertukaran bagi
mendapatkan arak.
Apabila menyedai anak kunci
Kaabah terlepas daripada tangan mereka, puak Khuzaah memerangi Qusai dari puak
Quraiys. Namun puak Khuzaah ditewaskan dan dihalau keluar dari Makkah oleh
Qusai dibantu dan disokong oleh orang Quraiys.
Sejak itulah, penghormatan
sebagai pemegang anak kunci dan penjaga Kaabah berada di tangan Qusai dan
diwarisi turun termurun.
Ketika Makkah ditawan tentera
Islam pada tahun kelapan Hijrah atau dikenali tahun Pembukaan Makkah, pemegang
kunci Kaabah ketika itu ialah Usman Abi Talhah yang ketika itu belum memeluk
Islam.
Bagi membolehkan Rasulullah SAW
memasuki Kaabah, Ali Abi Talib mengambil kunci itu secara paksa daripada tangan
Usman. Tindakan itu dibantah oleh Usman dengan katanya: “Kalau aku mengakui
kerasulan Muhammad, sudah tentu aku sendiri yang akan menyerahkannya ke tangan
beliau.”
Namun bantahan itu tidak
diendahkan. Kunci itu diambil secara paksa. Apabila dicuba membuka pintu Kaabah
menggunakn kunci itu, itu tidak berjaya, sedangkan itulah kunci yang biasa
digunakan ketika itu untuk membukanya.
Ketika para sahabat terus
berusaha untuk membukanya, lalu Jibrail turun menemui Rasulullah SAW dan
menyampaikan wahyu yang bermaksud: 'Sesungguhnya Allah menyuruh kamu
menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan
hukum antra manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” (Surah an-Nisa, ayat
58)
Lalu Rasulullah SAW segera
mengembalikan kunci itu ke tangan Usman yang menyambutnya dengan penuh
kehairanan lantas bertanya: “Kenapa pulangkan kunci ini, walhal engkau telah
berkuasa dan kota ini sepenuhnya berada di bawah kekuasaan engkau.”
Lalu dijawab oleh Rasulullah
SAW dengan membaca firman Allah SWT yang baru diterima dari Jibrail
itu.
Tertarik dengan keadilan yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan mengakui bahawa apa yang didengar itu benar
dari Allah SWT, Usman segera memeluk Islam dan menerima kembali kunci itu
daripada tangan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW kemudian bersabda: “Peganglah
kunci itu untuk selama-lamanya.”
Turut menyertai Usman memeluk
Islam ialah seluruh ahli keluarganya. Maka itu, kunci pintu Kaabah terus
dipegang oleh keturunan Bani Syaibah sehingga sekarang.
Hanya terdapat sebuah pintu
untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat 8
tan (8,000 kilogram).
Di dalam Kaabah masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu ditukar, lampu yang lama disimpan di dalam Kaabah. Jadi, banyak lampu lama disimpan di dalam Kaabah.
Di dalam Kaabah masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu ditukar, lampu yang lama disimpan di dalam Kaabah. Jadi, banyak lampu lama disimpan di dalam Kaabah.
Kaabah dimandikan dua kali
setahun, yakni pada 15 Muharam dan permulaan bulan Syaaban. Acara ini biasanya
dihadiri oleh raja Arab Saudi dan pembesar lain.
Lantai Kaabah dari granit
berwarna putih dan sebahagian dindingnya juga dilapisi granit. Di dalamnya
terdapat sebuah hijab berwarna hijau, emas dan perhiasan.
Kain penutup Kaabah (Kiswah)
awalnya dibuat di Mesir. Namun setelah terbentuknya kerajaan Arab Saudi yang
berdaulat, raja pertama Abdul Aziz memerintahkan agar pembuatan Kiswah dibuat
di negara itu sendiri.
No comments:
Post a Comment